Saturday, 2 November 2013

Doa,Bukti Keimanan di Jiwa Hamba

Bismillahirrahmaanirrahiim...



Aamiin ya Rabbal Aa'lamiin..

Monday, 2 September 2013

Letakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, Biar susah jangan mengalah!-)

Bismillah..
 Hari ini Allah bantu hambaNya utk mengaturkan sebuah perjalanan kehidupan yang terbaik. Alhamdulillah,permulaan hari yang dimulakan bangun awal sbelum subuh untuk bersiap qiammullai bertemu Penciptanya yang utama dan sentiasa akan di dahulukan...

Awal2 pagi lagi sudah bergerak ke sekolah, bertemu dengan kanak2 rebina yang sungguh comel2 dan mencabar kesabaran sebagai pendidik. 'ustzah, Darwish kan..dia sebut bodoh kpd saya, Ustazah...dia cekik Hizma,..Ustazah,saya nak pergi tandas, nak buang air kecil,Ustazah, saya nak minum air"..inilah kanak2 Tahun 1.Penuh dengan pengaduan yang comel. Kadang2 hanya nak beritahu sahaja, bukan diminta keputusan dari kita.Alahai anak2 penyu ku.hehe.=)

Petang bermula,kantuk di tahan tapi tak terdaya.Ada satu penyelesaian..Tel rakan dan minta dihiburkan.Itu salah satu nak segarkan mata,dengan ketawa.=)

Malamnya, berkembara hingga ke Tropicana Golf and Resort mencari pengalaman mengajar ngaji. Matlamatnya agar pelajar fasih dan lancar berbahasa arab. Subhanallah, satu cabaran baru untuk saya. Bermulalah detil perubahan utk diri si Ustazah Muda. Syukur, masih ada yang sudi berkongsi pengalaman dan memberi tunjuk ajar. 'Eryn, sbg orang yang hormatkan org yang lebih tua..kita seharusnya bercakap dengan nada yang rendah.Tak boleh marah2,cakap kuat2.Nt bila Eryn dah tua, Eryn nak tak org cakap mcmtu pd Eryn? Ye..ada ayat psikologi di sini..

 To be continue sebab ada meeting=)

Thursday, 23 May 2013

Siapakah pula ahli2 ilmu FIQH?

Siapakah ahli-ahli Fiqh?

Ahli-ahli fiqh bermaksud orang yang pakar dalam Fiqh. Di dalam bahasa Arab ia dinamakan sebagai al-Faqih atau jamaknya al-Fuqahak. Di kalangan Fuqahak atau ahli-ahli Fiqh ada yang mengeluarkan pandangan sendiri tanpa terikat dengan mana-mana ahli Fiqh yang lain sama ada yang hidup sebelum atau sezaman dengan mereka. Mereka mencipta atau mengasaskan usul-usul atau kaedah-kaedah untuk mengeluarkan hukum dari al-Quran dan as-Sunnah dan berijtihad dengan kemampuan sendiri tanpa terikat dengan Faqih atau ahli Fiqh yang lain. Mereka dinamakan sebagai Mujtahid Mustaqil iaitu orang yang mempunyai kemampuan berijtihad secara berdikari. Bilangan mereka adalah sedikit.

Ada di kalangan Fuqahak (ahli-ahli Fiqh) yang menjadi murid atau pengikut kepada Mujtahid Mustaqil di atas. Mereka memiliki kemampuan untuk berijtihad, namun ijtihad mereka tidaklah bebas, sebaliknya terikat dengan usul atau kaedah yang diasaskan oleh guru mereka atau tokoh Mujtahid sebelum mereka. Mereka dinamakan Mujtahid Muntasib atau Mujtahid Mazhab. Fuqahak atau ahli-ahli Fiqh dari jenis ini adalah yang terbanyak. Malah selepas kemunculan Imam-Imam Mazhab yang empat iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafiie dan Imam Ahmad, hampir keseluruhan Fuqahak adalah menjadi pengikut salah satu dari empat mazhab tersebut. Mereka dikenali sebagai Fuqahak Mazhab atau ulamak-ulamak mazhab.

Siapakah contoh ahli Fiqh yang mencapai darjat mujtahid mustaqil?

Contoh mereka ialah;
1. Imam Abu Hanifah (an-Nu’man bin Tsabit al-Kufi); meninggal tahun 150 Hijrah.
2. Imam al-Auza’ie (‘Abdurrahman bin Muhammad); meninggal tahun 157 Hijrah.
3. Imam Sufyan as-Sauri (Sufyan bin Sa’id); meninggal tahun 161 Hijrah.
4. Imam al-Laith bin Sa’ad; meninggal tahun 175 Hijrah.
5. Imam Malik bin Anas; meninggal tahun 179 Hijrah.
6. Imam as-Syafi’ie (Muhammad bin Idris); meninggal tahun 204 Hijrah.
7. Imam Ahmad bin Hanbal; meninggal tahun 241 Hijrah.
8. Imam Daud az-Zahiri (Daud bin ‘Ali); meninggal tahun 270 Hijrah.
9. Ibnu Jarir at-Tabari (Muhammad bin Jarir); meninggal tahun 310 Hijrah.

Siapakah contoh ahli-ahli Fiqh yang menjadi mujtahid Mazhab?

Contoh mereka;
1. Imam Abu Yusuf; meninggal tahun 182 Hijrah (mujtahid mazhab Abu Hanifah)
2. Muhammad bin al-Hasan as-Syaibani; meninggal tahun 187 Hijrah (mujtahid mazhab Abu Hanifah)
3. Ismail bin Yahya bin Ismail al-Muzani; meninggal 264 Hijrah (mujtahid mazhab Imam Syafi’ie)
4. Ar-Rabi’ bin Sulaiman al-Muradi; meninggal 270 Hijrah (mujtahid mazhab Imam Syafi’ie)
5. Yusuf bin Yahya al-Buwaithi; meninggal 231 Hijrah (mujtahid mazhab Imam Syafi’ie)
6. Ibnu al-Qasim; meninggal tahun 191 Hijrah (mujtahid mazhab Imam Malik)
7. Imam Sahnun (‘Abdussalam bin Sa’id at-Tanukhi); meninggal tahun 204 Hijrah (mujtahid mazhab Imam Malik).
8. Imam Abu Thalib (Ahmad bin Hamid al-Misykani); meninggal tahun 244 Hijrah (mujtahid mazhab Imam Ahmad)
9. al-Qadhi ‘Abu Ya’la (Muhammad bin al-Husain); meninggal tahun 458 Hijrah (mujtahid mazhab Imam Ahmad).
10. Imam Ibnu Hazm al-Andalusi; meninggal tahun 456 Hijrah (mujtahid mazhab az-Zahiri).

Siapkah Fuqahak zaman ini?

Yang kita maksudkan dengan Fuqahak zaman ini ia ahli-ahli Fiqh yang masih berkhidmat hingga hari ini dalam memberi fatwa kepada umat Islam, memastikan hukum atau pendirian Syarak bagi masalah-masalah baru yang tidak berlaku pada zaman-zaman yang lalu seperti masalah yang berkait dengan bank, saham, pengubatan moden dan sebagainya. Adakalanya mereka mengeluarkan fatwa atau pandangan secara individu dan adakalanya secara kolektif melalui Institusi-Institusi Fatwa yang mereka anggotai atau persidangan-persidangan Fiqh yang diadakan. Antara mereka ialah;
1. Dr. Yusuf al-Qaradhawi; Seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir. Banyak menghasilkan penulisan-penulisan dalam semua bidang Islam termasuk Fiqh. Antara karya Fiqhnya yang terkenal ialah “Fiqh az-Zakah” sebanyak dua jilid. Beliau memiliki buku koleksi fatwanya yang terkenal dan sentiasa menjadi panduan umat Islam iaitu “Fatawa Mu’ashirah”.
2. Dr. Wahbah az-Zuhaili; Seorang Ulamak dari Syiria. Telah menghasil satu karya Fiqh yang lengkap bernama “al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu” (sebanyak lapan atau sembilan jilid) yang merupakan antara buku Fiqh Perbandingan pelbagai mazhab yang terlengkap dihasilkan di zaman ini. Beliau juga menulis buku Ushul Fiqh (dua jilid) dan Tafsir al-Quran lengkap 30 juzuk bernama Tafsir al-Munir.
3. Dr. Muhammad Bakr Ismail; Seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir. Telah menghasilkan buku Fiqh yang lengkap bertajuk “al-Fiqh al-Wadhih” (dua jilid), buku himpunan fatwa tersendiri bertajuk “Baina as-Sail Wa al-Faqih” dan buku lengkap berkenaan Qaedah Fiqh bertajuk “al-Qawa’id al-Fiqhiyyah Baina al-Asholah Wa at-Taujih”.
4. Syeikh ‘Athiyah Saqar; Seorang ulamak al-Azhar, Mesir. Pernah menjawat Pengerusi Jawatankuasa Fatwa al-Azhar. Beliau mempunyai buku himpunan Fatwanya tersendiri yang diberi nama “al-Islam Wa Masyakil al-Hayah” sebanyak enam jilid.
5. Syeikh Abdul Aziz Bin Baz; Bekas mufti Kerajaan Arab Saudi. Seorang ulamak buta, namun ilmunya mengalahkan orang-orang yang celik. Menjadi sandaran fatwa khususnya bagi golongan Salafi atau yang bermazhab Hanbali.
6. Dr. Ahmad as-Syirbasi; Seorang ulamak al-Azhar, Mesir. Buku himpunan fatwanya yang masyhur ialah “Yasalunaka Fi ad-Din Wa al-Hayah” sebanyak lapan jilid.
7. Dr. Abdul Karim Zaidan; Seorang ulamak kelahiran Iraq, namun hari ini tinggal di Yaman. Banyak menghasilkan penulisan-penulisan termasuk dalam bidang Fiqh. Antara bukunya yang masyhur dalam bidang Fiqh ialah “Fiqh al-Mar’ah” (Fiqh Wanita) sebanyak sembilan jilid. Beliau juga menghasilkan buku Ushul Fiqh bertajuk “Al-Wajiz Fi Ushul-Fiqh”. Selain itu banyak kajian-kajian ilmiah dalam bidang fiqh yang beliau hasilkan untuk mengupas masalah-masalah semasa.

Nama-nama yang kita sebutkan di atas hanya sekadar contoh sahaja. Selain mereka terdapat banyak lagi tokoh-tokoh Fiqh hari ini yang tidak dapat kita sebutkan di sini.

Apa hukum taqlid atau itba’ mazhab?

Taqlid atau Itba' dari segi bahasa bermakna meniru dan mengikut orang lain. Setiap orang yang mengikut atau meniru orang lain, maka ia dinamakan Muqallid atau Muttabi'. Ada di kalangan Ulamak membezakan antara Taklid dan Itba' di mana taklid ialah mengikut orang lain tanpa memerhati dalil dan hujjah, adapun Itba' ialah mengikuti orang lain berdasarkan dalil dan hujahnya. Jika perbezaan ini dapat dibenarkan, maka Muttabi' adalah lebih baik dari Muqallid.
Sama ada harus atau tidaknya taklid atau itba' di sisi agama bergantung kepada kemampuan seseorang;

1. Seorang yang mampu berijtihad sendiri dari al-Quran dan as-Sunnah, atasnya haram taklid kerana ia seorang Mujtahid.

2. Seorang yang tidak mampu berijtihad, maka ia wajib mengikuti atau mengambil panduan dari ulamak yang mujtahid. Kewajipan ini berpandukan firman Allah (yang bermaksud); "…dan bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui" (an-Nahl: 43). Begitu juga, Nabi –sallallahu 'alaihi wasallam bersabda; "Sesungguhnya ubat bagi orang yang jahil ialah bertanya" (Riwayat Imam Abu Daud dan ad-Daruqutni).

Dr. Abdul Karim Zaidan menjelaskan; "Seorang mujtahid hendaklah memperolehi hukum-hakam dari sumber-sumbernya yang asli dengan cara pemerhatian dan ijtihad. Tidak harus taklid baginya. Adapun orang yang tidak mampu berijtihad, wajib atasnya bertanya ahli ilmu (ulamak). Bertanyakan ahli ilmu sama ada secara musyafahah atau dengan merujuk kepada pandangan-pandangan mereka yang termuat di dalam kitab-kitab yang dipercayai yang menceritakan tentang pandangan-pandangan mereka dan menaqalkan dengan penaqalan yang soheh. Oleh demikian, harus bagi orang awam untuk mengikuti satu mazhab tertentu dari mazhab-mazhab yang makruf dan wujud hari ini dan dinaqalkan kepada kita dengan penaqalan yang soheh…". (Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh)

3. Orang yang tidak sampai darjat mujtahid, tetapi ia mampu menilai pandangan para mujtahid, dalil-dalil dan jalan-jalan istinbat mereka. Bagi orang ini, ia hendaklah berusaha mengetahui dan memahami dalil ulamak mujtahid yang diikutinya. Inilah yang dapat kita fahami dari salah satu taujihad Imam Hasan al-Banna dalam Usul ‘Isyrinnya; "Setiap orang Islam yang belum sampai tahap kemampuan memerhati/mengkaji sendiri dalil-dalil bagi hukum-hakam Syarak dalam masalah furu' (cabang) hendaklah ia mengikut salah seorang Imam dari Imam-Imam (mujtahid) dalam agama ini. Namun adalah lebih baik di samping mengikut itu ia berusaha sedaya mungkin untuk mengetahui dalil-dalil (yang dipakai oleh Imamnya)…". (Usul al-'Isyrin, Risalah at-Ta'alim).

Apa makna talfiq? Adakah harus bertalfiq? 

Talfiq bermaksud : seseorang itu mengikut / bertaqlid satu mazhab tertentu dalam ibadahnya, kemudian dalam satu keadaan atau bahagian-bahagian tertentu ia mengikuti / bertaqlid pula kepada mazhab atau pandangan yang lain. Adakah perbuatan ini harus?
Menurut ulama, sekalipun seorang itu bertaqlid kepada suatu mazhab, tidak haram baginya untuk berpindah mazhab secara keseluruhannya atau pada masalah-masalah tertentu.Tetapi keharusan itu tertakhluk dengan syarat-syarat berikut:

1. Hendaklah mazhab yang diikuti merupakan mazhab yang masyhur khususnya mazhab-mazhab yang empat. Jika pandangan atau tarjih, hendaklah dari ulama yang diiktiraf dan diakui oleh umat akan keilmuannya.

2. Tidak bertujuan mencari yang mudah-mudah dari pandangan-pandangan mazhab.

3. Tidak membuat himpunan antara mazhab-mazhab dalam bentuk yang membawa percanggahan dengan pandangan sekalian ulama atau ijma’ mereka.

Contohnya, seorang berkahwin tanpa wali kerana bertaqlid kepada mazhab Imam Abu Hanifah yang tidak mensyaratkan wali dalam akad perkahwinan, tanpa saksi kerana bertaqlid kepada mazhab Imam Malik yang tidak mewajidkan saksi dan tanpa mas kahwin kerana bertaqlid kepada mazhab Abu Hanifah yang mengharuskan jika diletakkan syarat oleh pihak lelaki dan dipersetujui oleh pihak perempuan. Perkahwinan tanpa tiga perkara tersebut tidak dianggap sah oleh sekalian ulama. Maka talfiq sebegini adalah haram kerana menyalahi ijma' ulama. (Rujuk Taqrib Al Usul, Abi Al Qasim al Gharnati halaman 158 ).

Menurut Dr Abd Karim Zaidan; "Harus seorang pengikut mazhab mengikut atau beramal dengan pandangan mazhab lain asalkan hal tersebut dilakukannya kerana suatu dalil yang mengajaknya untuk berpindah dari mazhabnya ke mazhab lain dalam masalah-masalah tertentu. Begitu juga harus ia bertanya ulama yang bukan dari mazhabnya berkenaan suatu hukum syarak dalam suatu masalah dan beramal dengan fatwa yang diberikan". ( Al Wajiz Fi Usul – Fiqh; halama 409 )

Kesimpulannya, talfiq diharuskan jika tujuannya bukan untuk mempermudah-mudahkan agama seperti sengaja mencari pandangan-pandangan yang senang dan mudah dari mazhab-mazhab yang ada untuk menjadi amalan atau pegangan agama.Talfiq sebegini akan membawa kepada rosak agama jika dibenarkan.

Apa maksud tarjih? Siapa yang berhak melakukan tarjih?

Tarjih bermaksud membuat penilaian dan pemilihan terhadap dalil-dalil yang dilihat bertentangan atau terhadap beberapa pandangan yang berlawanan iaitu dengan menselarikan antara dalil-dalil jika dapat dilakukan atau memastikan dalil yang mana paling kuat jika tidak dapat diselarikan.

Jika tarjih dibuat terhadap pandangan-pandangan, tujuannya ialah untuk memastikan pandangan mana yang paling kuat dalilnya atau paling menepati segi syarak. Pentarjihan harus dilakukan oleh orang-orang berkelayakan samada mujtahid atau fuqaha' dan tidak harus sewenang-wenangnya diserahkan kepada orang yang jahil atau medakwa alim kerana boleh membawa kepada merosakkan agama.

Proses pentarjihan berjalan sejak dari dulu hingga ke hari ini.Para ulama' yang menjadi sandaran umat pada zamannya akan membuat tarjih terhadap pandangan-pandangan yang berbeza oleh ulama'-ulama' sebelumnya dalam sesuatu kes supaya orang awamdapat mengetahui dan beramal dengan pandangan yang paling tepat dengan hukum syarak. Imam Nawawi sebagai contohnya di dalam berdepan dengan masalah seorang yang terpaksa solat dalam keadaan tidak bersuci kerana tidak ada air untuk mengambil wudhuk dan tidak da debu untuk bertayammum. Adakah ia wajid solat juga dan adakah wajib ia mengulangi solatnya? Sebelum beliau ada 4 pandangan ulama' :
1. Wajib solat dan wajid ulang.
2. Haram solat.Mesti tunggu hingga dapat bersuci baru tunaikan solat sekalipun di luar waktu.
3. Sunat solat dan wajib diulangi solat tersebut.
4. Wajib solat dan tidak wajid mengulanginya.
Imam Nawawi dalam tarjih beliau telah memilih pandangan yang keempat kerana menurut beliau pandangan itu menepati syarak. (lihat Syarah Sahih Muslim).

Itu adalah satu contoh dari ribuan tarjih yang dilakukan ulama'. Kita sebagai orang awam hendaklah sentiasa mendampingi ulama' dan beramal dengan tarjih mereka. Adapun kita hendak memandai-mandai sendiri tidak harus. Pada hari ini, contoh ulama' yang mempunyai kelayakan untuk melakukan tarjih ialah Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi. Keilmuan beliau diakui oleh ulama-ulama sezaman dan umat Islam sendiri. Dalam masalah zakat ke atas produk pertanian sebagai contohnya, dikalangan ulama-ulama silam ada yang menyempitkan skop pertanian yang wajid zakat kepada jenis-jenis tertentu sahaja. Mazhab Syafie hanya mewajidkan zakat pertanian ke atas bijian yang menjadi makanan ruji masyarakat setempat. Namun, ada ulama yang memperluaskan skop pertanian yang wajid zakat kepada semua jenis pertanian asalkan memenuhi syarat-syarat dari segi nisab dan sebagainya yang ditetapkan syarak. Maka, Dr Yusuf Qaradhawi dalam buku Fiqhuz-Zakahnya, beliau telah mentarjihkan pandangan yang kedua dan tarjih beliau diterima dan diamalkan oleh keseluruhan negara umat Islam hari ini.



Selok-belok ILMU FIQH


Apa maksud ilmu Fiqh?

Dari segi bahasa kalimah Fiqh bermaksud memahami. Pada asalnya ia bermaksud memahami agama secara keseluruhannya. Namun kemudiannya dikhususkan ulamak kepada memahami ajaran Islam yang berkaitan dengan hukum-hakam amali sahaja, iaitu percakapan, perbuatan dan hal-ehwal luaran manusia tanpa menyentuh soal aqidah dan akhlak.

Secara lebih jelas, ilmu Fiqh ditakrifkan oleh ulamak sebagai; "Ilmu berkenaan hukum-hakam Syarak yangbersifat 'amali yang diperolehi dari dalil-dalilnya secara terperinci".

Huraian;

1. Para ulamak membahagikan hukum-hakamSyarak kepada tiga iaitu;
a) Hukum-hakam I’tiqad
b) Hukum-hakam ‘Amali
c) Hukum-hakam akhlak.
Medan pengajian ilmu Fiqh ialah yang kedua di atas iaitu hukum-hakam amali. Ilmu Fiqh tidak menyentuh tentang hukum-hakam I’tiqad, begitu juga tidak menyentuh tentang akhlak.

2. Perkataan Syarak bermaksud Allah dan Rasul. Dalil-dalil Syarak pada dasarnya ialah Kitab Allah (yakni al-Quran) danSunnah RasulNya. Namun secara terperinci ia merangkumi juga Ijmak, Qiyas dan sebagainya.

Apakah tujuan mempelajari ilmu Fiqh? 

Tujuan mempelajari ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum-hakam Syara’ mengenai setiap tingkah laku manusiadan melaksanakan hukum-hakam tersebut dalam kehidupan dalam segenap ruang dan lapisannya.

Ilmu Fiqh amat berguna sama ada kepada ulama’, mufti, qadhi mahupun orang awam biasa. Bagi para ulama, mufti dan qadhi, mereka perlu mendalami ilmu ini untuk mengajar orang ramai tentang hukum Syara’, memberi fatwa dan memutuskan hukuman terhadap sesuatu kes.
Adapun orang awam, mereka perlu mengetahui ilmu ini agar dapat menjalani kehidupan seharian bertepatan dengangaris panduan yang ditetapkan Syara’.

Apa maksud hukum Syarak?

Kita sebutkan tadi bahawa tujuan mempelajari ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum Syara’ atas setiap perbuatan kita. Apa yang dimaksudkan dengan hukum Syara’? Hukum Syara’ ialah "Ketetapan dari Allah ke atas perbuatan-perbuatan hamba yang mukallaf sama ada ia perlu dilakukan atau perlu ditinggalkan atau diberi pilihan untuk melakukannya atau meninggalkannya". Ketetapan ini diketahui berdasarkan penelitian terhadap dalil-dalil Syara' iaitu al-Quran, as-Sunnah, Ijma', Qias dan sebagainya oleh para ahli Fiqh atau Mujtahid.

Berapakah pembahagian hukum Syarak? 

Melihat kepada pengertian hukum di atas, dapat kita simpulkan bahawa perbuatan-perbuatan hamba mengikut hukum Syarak berada dalam tiga bahagian besar;

Pertama; Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan

Kedua; Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya ditinggalkan

Ketiga; Perbuatan-perbuatan yang diberi pilihan (yakni terserah kepada manusia sama ada ingin melakukannya ataumeninggalkannya)

Kemudian, bahagian pertama dan kedua terbahagi pula kepada dua jenis;

Pertama; Yang dituntut secara jazam iaitu tuntutan mesti.

Kedua; Yang dituntut tidak secara jazam, iaitu tuntutan secara galakan sahaja, bukan tuntutan mesti atau wajib.

Bagi bahagian pertama (iaitu perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan), jika jenis tuntutan adalah jazam (yakni mesti), maka ia dinamakan wajib. Adapun jika jenis tuntutan adalah tidak jazam (tidak mesti), iaitu hanya galakan sahaja, maka ia dinamakan sunat. Bagi bahagian kedua pula (iaitu perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya ditinggalkan), jika jenis tuntutanadalah jazam (yakni mesti), maka ia dinamakan haram. Adapun jika jenis tuntutan adalah tidak jazam (tidak mesti), iaitu hanya galakan sahaja, maka ia dinamakan makruh.

Kesimpulan

Setelah memahami pengertian dan pembahagian hukum Syarak di atas, dapat kita simpulkan perbuatan-perbuatan mukallaf mengikut hukum Syarak terbahagi kepada lima jenis;

1. Yang wajib; iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang mesti dilakukan di mana jika ditinggalkan akan berdosa.

2. Yang sunat; iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang digalakkan melakukannya oleh Syarakiaitu diberi pahala sesiapa yang melakukannya, namun tidaklah berdosa jika ditinggalkannya.

3. Yang haram; iaitu amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang mesti ditinggalkan di mana jika dilakukan akan berdosa.

4. Yang makruh; iaitu amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang digalakkan meninggalkannya iaitu diberi pahala kepada orang yang meninggalkannya (kerana Allah), namun tidak dikira berdosa jika dilakukannya.

5. Yang mubah (harus); iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang diserah kepada pilihan manusia samaada ingin melakukannya atau meninggalkannya di mana sebarang pilihannya tidak akan membawa implikasi dosa atau pahala.

Tidak ada perbuatan mukallaf dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya melainkan tertakluk dengan salah satudari hukum lima di atas.

Apa makna mukallaf? Siapakah yang dikatakan sebagai mukallaf?

Mukallaf ialah seorang yang telah mencukupi syarat untuk diberikan taklif Syarak (yakni tuntutan dankewajipan Syarak). Orang yang mukallaf wajib mematuhi ketetapan agama dan setiap perbuatan dan perlakuannya tertakluk dengan hukum yang telah ditetapkan oleh agama sama ada wajib, haram, harus dan sebagainya tadi. Syarat-syarat mukallaf ialah:
1. Telah sampai umur (yakni baligh)
2. Memiliki akal yang waras
3. Sampai dakwah kepadanya
4. Sempurna pancaindera, khususnya penglihatan atau pendengaran.

Siapakah orang-orang yang terkeluar dari kelompok mukallaf?

Dari takrif dan syarat-syarat mukallaf tadi, terkeluar dari kelompok mukallaf:
1. Kanak-kanak yang belum baligh. Kanak-kanak yang mati sebelum baligh, ia akan selamat (dari siksaan Allah)sekalipun anak-anak orang kafir.
2. Orang gila atau tidak siuman
3. Orang-orang yang tidak sampai dakwah kepadanya termasuklah ahlul-fatrah iaitu orang-orang yang hidup di antara zaman pengutusan Rasul (*yakni mereka jauh dari Rasul yang terdahulu dan tidak berkesempatan dengan Rasul yang bakal datang) atau hidup di zaman Rasul yang bukan diutuskan kepada mereka. Mereka akan selamat dari siksaan Allah kerana tidak sampai dakwah kepada mereka.
(Rujuk: Hasyiyah Imam al-Baijuri ‘ala Jauharati-Tauhid, hlm. 67-68).

Apa cabang-cabang ilmu yang terkandung dalam ilmu Fiqh? 

Ilmu Fiqh merangkumi dua bahagian besar;

1. Ibadah; iaitu hukum-hakam yang menyentuh hubungan manusia dengan Tuhan. Ia merangkumi ibadah solat, puasa,zakat, haji dan sebagainya.

2. Mu'amalat; iaitu hukum-hakam yang menyentuh hubungan manusia sesama manusia. Cabang mu’amalat ini merangkumi pula bidang-bidang berikut;

a) Hukum-hakam tentang kekeluargaan yang merangkumi perkahwinan, perceraian, perwarisan, nafkah dan sebagainya.

b) Hukum-hakam tentang harta seperti jual-beli, sewa-menyewa, gadaian, jaminan dan sebagainya.

c) Hukum-hakam tentang sistem pemerintahan dan pentadbiran negara merangkumi kewajipan melantik ketua negara, tanggungjawab ketua negara/pemimpin dan hak dan kewajipan rakyat/warga negara.

d) Hukum-hakam tentang kehakiman/pengadilan merangkumi membuat keputusan (al-qadha), pendakwaan, prinsip-prinsip hukuman, kesaksian, sumpah, keterangan dan sebagainya.

e) Hukum-hakam tentang ahli Zimmah (orang bukan Islam yang mendiami dalam negara Islam) merangkumi hak-hak dan tanggungjawab mereka terhadap negara dan sebagainya.

f) Hukum-hakam tentang hubungan antarabangsa merangkumi hubungan negara Islam dengan negara-negara luar di masa damai atau ketika perang.

g) Hukum-hakam tentang kewangan negara merangkumi sumber-sumber pendapatan negara dan perbelanjaan-perbelanjaannya.

h) Hukum-hakam tentang jenayah dan hukuman; merangkumi penetapan perkara-perkara yang terlarang dan hukuman-hukumannnya, cara-cara menetapkan/mensabit kesalahan-kesalahan jenayah dan perlaksanaan hukuman terhadapnya.

Apakah sumber-sumber ilmu Fiqh?

Sumber-sumber ilmu Fiqh bermaksud dalil-dalil yang menjadi sandaran ahli-ahli Fiqh (Faqih atau Fuqahak) dalam mengeluar hukum-hakam Fiqh. Ia terdiri dari sumber-sumber asal dan sumber-sumber sokongan. Sumber asal bagi ilmu Fiqh ada dua sahaja iaitu;

1. Al-Quran
2. As-Sunnah

Sumber-sumber sokongan bermaksud dalil-dalil tambahan yang membantu ahli-ahli Fiqh untuk mengeluarkanhukum-hakam Fiqh menepati prinsip sumber asal di atas (al-Quran dan as-Sunnah). Ia terdiri dari;

1. Ijmak
2. Qiyas
3. Istishab
4. Masalih Mursalah
5. Istihsan
6. 'Uruf
7. Syari'at terdahulu


Tuesday, 21 May 2013

Whose cars are these?

                                          

                                       

                                     

Cantik kan kereta2 ni? cuba teka jenama apa=)
Hmm,tapi..
Boleh tengok2 kat cni je la ye.
Duit dl poket ni xtahu la ckup ke tak utk mjelmakannya depan mata=(
Smoga Allah kurniakan pd kita smua rezeki yg sntiasa mcukupi dan terbaik.
Inilah antara doa2 yg harus dpinta sllu pdNy ya.
Akan diqabulkan sgalany,insya Allah n_n

Wednesday, 3 April 2013

Hatinya dekat dengan Mu

Aslmualaikum,

Masa yang terluang jika di isi dengan hanya menonton youtube tanpa ada sebarang kesan di hati adalah suatu yang merugikan.Adalah lebih baik jika masa yang terluang kita gunakan untuk meninjau peribadi insan yang sungguh solehah di mata makhluknya,mudah2an solehah dan baik di pandangan Mu.Aamiin.

Fatimah Syarha Mohd Nordin, insan yang tidak asing lagi di hati para remaja wanita khususnya. Kami seringkali mencari-cari ikon untuk dijadikan ikutan. Berkenalan dengan ustazah membuatkan hati tenang memandangnya, lisah basah berzikir dan bersama-sama mengalunkan ayat2 suci al-Quran.

Keteguhan peribadinya menjaga hatinya daripada usik2 sang kumbang tika usia remajanya dahulu menjadi inspirasi buat kami. Kerajinan dan semangat ustazah yang tinggi dalam menuntut ilmu membuktikan bahawa beliau seorang yang hebat di mata kami.

Saturday, 16 March 2013

Sahabat

Aslmualaikum, Syukur kepada  kerana Allah masih memberi kesempatan dan peluang untuk kita merasai manisnya sebuah kasih sayang persahabatan yang ikhlas tulus dari hati.Susah untuk memberi sayang pada orang sebenarnya,tapi apabila sudah mula merasa sayang, Allahu Rabbi nikmatnya terasa sungguh hebat!.

Erny bt Mohd Makhroh, insan yang dikenali sejak diUM  Nilam Puri. Kemudian menjadi rakan baik di UMKL selamat 3 tahun kami bersama berkongsi segala-galanya.Makin lama bersama makin rasa sayang dan selesa.Tidak mengira duit atau keluarga hatta berkongsi makan.Barang dia milik saya dan barang saya adalah milik dia.Kadang-kadang orang melihat kami seakan-akan kembar.Subhanallah!, indah hidup bersahabat ini jika kita ak mengharapkan balasan darinya.

Bahgia sangat berkawan dengan Erny, dengan Nik Rashidah bt Mohamed. Mereka sungguh ceria.Nik orangnya peramah dan sangat matang dalam kehidupan selepas kematian arwah emaknya ketika di UM Nilam Puri. Ceria orangnya, sukar nak tahu bagaimana rupanya tika dia sedih.

Erny, teman yang sanggup bersusah payah dan bkorban demi sahabat.Cekap dalam membuat keputusan dan menilainya.Banyak yang saya belajar dari mereka,keluarga mereka keluarga saya.=)

Tanggal 9 Feb 2013,Erny sudah bergelar isteri. Subhanallah, erny yang dikenali sebagai 'eny sempoi' sebab gaya berpakaiannya yang sungguh simple sudah menjadi suri orang dah.Syukur,nikmat dan percaturan hidup ini milik Allah,sungguh sempurna.

Semalam eny datang KL,nik dari Johor pun turn KL sebab nak berjumpa dengan saya.Syukur,seperti biasa Warung Ibu di Pantai HillPark menjadi pilihan kami.Jus mangga dan tomyam nya memang menawan hati. Lepas makan2 kami singgah di Kolej 5, tempat yang penuh memori kami sepanjang 3 tahun,kadang2 Nik datang bermalam di sini membantu saya siapkan paper projek final year dulu.Eny sebagai bekas Setiausaha Pimpinan Kolej turut berjumpa dengan junior kolej dan melihat acara tahunan Palapes dan Navy.Today,eny dan Nik dah selamat sampai ke destinasi masing-masing.

 Syukur atas nikmat pertemuan,saya kaku dalam mempamerkan rasa kasih dan sayang pada kalian, hanya doa yang boleh saya hadiahkan atas segala pengorbanan dan pemberian kalian yang tidak ternilai harganya.Syukur.

Setelah 6 tahun.....

kami bertiga, Nik,Ana,Eny.=)

Sahabat yang membuatkan hati saya sentiasa berbunga2.
Pn Erny berposing dengan pagar daripad buluh, ala2 selamat hari raya.=)
Jom,kita tgk apa ada kat dalam ni=)
Tempat duduk2 para perajurit dlm hutan.
Tidur sini ja=)
Ini plan=)
Pn Erny dalam kubu=)

BJC, tq ye.Kita jumpa lagi kat Kuala Selangor nanti.I.Allah=)








Tuesday, 12 March 2013

Setelah 6 tahun

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga saya ke tahap ini.I.Allah, ini merupakan semester akhir saya sebelum menamatkan pengajian saya dalam Ijazah Sarjana Muda Syariah pengkhususan Fiqh dan Usul di Universiti Malaya.Subhanallah! Akhirnya saya bakal tamatkan pengajian.I.Allah.
Tahun-tahun sudah berlalu, roda kehidupan bakal beredar.Zaman remaja beransur pergi datang pula alam dewasa. Maka perlu saya persiapkan diri untuk alam kerjaya dan berkeluarga.I.Allah.
Hari ini hanya ada satu kelas sahaja.Allahu akhbar! Masa terlalu banyak yang terluang.Saya tidak berkemampuan untuk mengisi masa dengan baik.Ya, saya gagal uruskan masa dengan baik.
Namun, usaha untuk bangun semula semakin tekad diterap dalam hati.
No, no more sleep and no more eat too much. Ini menyebabkan badan kenyang, aqal lemah dan hati lalai.
Lantas,telefon di capai.Kumpulan adik-adik idail, set time, kita jumpa weekend ni and do usrah.Mudah2an masa tak terbuang sahaja.Andai Allah tanya ke mana masa yang diberi-Nya, apa saya nak jawab?

Sunday, 24 February 2013

Jaulah Ziarah Orang Baru

 Assalamualaikum, hai nama saya Aisyah Insyirah.n_n. Siapa tahu maksud nama saya?Teka lah, saya baru 16 hari lahir kat dunia ni.Tapi saya nampak sihat kan? Penyakit kuning pun tak kuat, syukur. Abi selalu mandikan saya dengan air paip.Kata Abi, dengan cara ini akan menjadikan saya lebih sihat.Kalau baby2 dulu2 pantang kan..kena mandi dengan air suam.Tapi saya kan baby moden.=)

Aisyah Insyirah binti Mohd Syahid bin Mohd Zaini.Orang perak suami isteri.Jauh perjalanan kami berempat semalam, hampir 3 jam perjalanan baru sampai Sri Iskandar, Perak.Isteri Syahid yang masih lagi pelajar Tahun Akhir di Uitm Sri Iskandar juga merupakan sahabat kami yang sebaya.Ini merupakan anak buah batch kami yang kelima.Nampaknya, membesar sama2 la budak2 comel ni.Bulan 10 ni time konvo sepastinya kami akan di sambut dengan depa..wah! Menarik.n_n

Ketika sampai di rumah Syahid dan Zamzarina, kami disambut dengan baik.Bau baby dah pintu lagi sudah kami terhidu wangi.Lembut betul pipi baby Insyirah ni.Syukur,Alhmdulillah semuanya selamat dan lancar. Macam mimpi pun ada, kwan yang sama-sama kami berprogram, ber'meeting', berpersatuan dan kini akhirnya dah jadi ayah orang, mak orang.Allah, cepatnya masa berlalu.Ina pun cakap dia bagaikan tak percaya dan rasa macam baru ja kahwin.n_n

Masa berlalu pantas, cepat2lah persiap diri dengan ilmu dan bekal untuk akhirat.Orang yang mempunyai anak2 yang soleh menjadi pencen kubur bagi mereka. Walaupun ibu bapanya sudah meninggal namun pahala kebaikan yang dilakukan anak soleh itu pasti sampai kepada kedua ibu bapanya.n_n
Zamzarina sungguh bijak dalam mendidik anaknya dan sentiasa meletakkan redha Allah yang paling utama. Sejak dalam kandungan lagi Ina banyak mengamalkan ayat2 al-Quran dan doa.Hatta dalam kuliah pun andai Ina mengantuk, pasti dia akan segar semula apabila bbay dalam kandungan bergerak-gerak..Baby nak kejut umi dia la tu..kata Ina.=)

Doakan Aisyah Insyirah, moga menjadi hamba Allah yang diredhai. Tugas ibu bapa untuk mendidik supaya anaknya menjadi hamba Allah yang diredhai. Selamat menjalankan amanah berat tersebut dengan baik! Teringat kata2 seorang doktor, andai ibu bapa mahukan anak yang dididiknya menjaga dia kelak tika dia sudah tua, maka ibu bapa tersebut menempah kecewa jika hal ini berlaku sebaliknya.Bukan ganjaran anak yang dicari ibu bapa tapi ganjaran dari Allah yang sepatutnya di damba. Tapi..jika anak itu anak yang soleh, maka beruntunglah kedua tangan ibu bapa tersebut.n_n

Thursday, 31 January 2013

2 Februari 2013

Bismillahirrahmanirrahim. (pmulaan kalimah yg baik pasti diakhiri dgn penamat yg baik juga.)
Alhamdulillah,syukur kepada Allah atas nikmat Iman dan Islam yang Allah kurniakan.Tanpa Islam kita akan pincang,kehidupan akan hancur.Tanpa Imanmeranalah jiwa, sengsaralah hati.Kerana Islam itu hadir menemarakkan rasa kasih bagi orang yang mempunyai hati yang beriman.Hati yang percaya hadirnya Allah dan dekatnya Allah bersama-sama.

Sudah 24 tahun Allah kurniakan nikmatNya yang tidak terhitung.Nikmat usia yang masih muda, sihat yang subhanallah..nikmatnya peluang yang Allah beri,nikmat masa lapang yang Masya Allah hebatnya apabila setiap masa di isi dengan aktiviti yang membahagiakan.Syukur,alhamdulillah.

Tahun ini merupakan tahun yang sungguh membahagiakan.Alhmdulillah.Dikurniakan teman2 serumah yang sungguh mendamaikan.Hadirnya mereka sangat mencuit hati,menyerikan senyuman yang tak pernah lekang di pipi.Allahu akhbar!, nikmatnya dipertemukan dengan sahabat yang meletakkan Allah sentiasa di hadapan,bersama-sama bermujahadah melawan nafsu dalam diri yang suka dan cinta pada dunia.Kadang kala kami tergelincir,tapi pasti akan ada tangan yang meghulur bantuan membawa kembali ke pangkal jalan.Syukur pada Mu atas nikmat taufik dan hidayahMu.Alhmdulillah.

Kadang kala hati berbicara hebat, Allah mengurniakan pelbagai keselesaan pada kita namun apa yang kita boleh lakukan untuk dimanfaat bersama oleh orang2 sekeliling?

Tahukah anda jawapannya?

Friday, 11 January 2013

Nile River , Qaherah

 suasana ketika siang hari

 suasana ketika malam hari

pandangan dari luar bumi

 
pandangan dari jambatan depan Cairo Universiti, ada byak jambatan sbnqny sepanjang sg nil tu
 

Wednesday, 26 December 2012

26 Disember 2012

Aslmualaikum,
Tahun 2012 banyak memberi pengalaman baru dalam diri.Pelbagai perkara baru datang mendekat. Ada yang manis dan sebaliknya.Namun, sebagai umat Islam kita sangat beruntung kerana setiap musibah yang datang mahupun nikmat yang kita kecapi kita akan sentiasa bersyukur.Contohnya, jika ada ujian yang menyebabkan kita rasa sungguh payah, malu, rendah diri nak berdepan dengan realiti pada mulanya akan diakhiri dengan rasa lega dan tersenyum sentiasa.Sebab semua ujian yang Allah beri merupakan latihan untuk kita sebelum ujian yang lebih besar datang menguji. 'Ujian adalah tarbiyyah dari Allah..dan sila sambung sendiri..
Dan apabila nikmat kesenangan yang diperoleh kita diajar untuk berdoa agar menjadi hamba yang bersyukur.Alhmdulillah,indahkan Islam ini.n_n. Sepanjang 2012, ramai sahabat2 sekelas,sejabatan,sesenior,sejunior dan sekampus dan sekolej juga yang berkahwin.Alhmdulillah, rezeki,jodoh,ajal semuanya Allah dah tetapkan di sana. Sebagai hamba, sentiasa berdoa moga Allah kurniakan yang terbaik.
Apabila melihat sahabat2 walimah, rasa tak percaya pun ada.Rasa macam main masak2,main kwin2 time kcik2 dlu.Sangat tak percaya! Tp..percayalah.Hehe.
Alhmdulillah,ada yang masih tak berubah,stay macam sahabat walaupun dirinya sibuk dan perlu fokus pada taklifan sebagai zaujah. Ada yang sudah mempunyai cahaya mata, bestkan dah graduate nanti bukannya alone time bertiga dengan anak lagi.Untunglah kcik2 dah masuk universiti.n_n. Berdasarkan pengalaman sahabat2 banyak yang memberi nasihat, buatlah persediaan sebelum berkhwin lagi tentang masa depan.Kelak tak huru hara dalam mencatur.
Sebagai pemerhati (saya la tu),dapat disimpulkan ada pelbagai ragam,Pelbagai ujian untuk mereka.Ya Allah,andai dah sampai masanya untuk hamba-Mu ini, Engkau permudahkanlah dan rahmatilah..Aamiin. Melihat sahabat2 yang membuat persediaan buatkan saya rasa sangat cuak.Ada yang sangat bijak dalam meguruskan belanja.Siap ada bajet untuk walimah,untuk hantaran,untuk pakaian,untuk set bilik..dah mekap,buah tangan.
Banyak benda nya lah.Buat walimah macam kenduri BBQ saja lah,mudah kan.n_n
Tapi, itulah kehidupan.
Now, zaman dan masanya untuk benda2 mcmni, Nanti untuk perkara lain.Lastly ke alam barzakh.Ini yang paling pasti kan.n_n
Buatlah persedian dengan sebaiknya, hafazlah AQ selagi nyawa dan jasad bercantum.Sekurang2nya ada usaha yang kita lakukan.Berdoalah selalu moga akhlak kita terjaga,biarlah dengan rencah dunia.Kita dengan cara kita,pemikiran kita dan persediaan kita. (ayat pujuk diri ni).
Gambar ni ja ada.


Sunday, 18 November 2012

Ilmu Pewarisan Adalah Menabjubkan!


Bismillahirrahmanirrahim,
Bab: Bahagian Pewarisan Datuk Bersama Saudara
ميراث الجد مع الاخوة والاخوات
Datuk yang mendapat bahagian merujuk kepada datuk yang sohih (sejati) dan bukannya fasid (batal). Kaedah menjelaskan, jika ada perempuan di antara ahli waris laki2 maka dia (datuk) yang tidak sah (fasid). Contoh, ayah kepada ibu. Namun, jika tidak diselangi oleh waris perempuan meskipun jauh  ke atas dia tetap datuk yang sah (sohih).Contohnya ayah kepada ayah ayah(moyang) atau datuk yang di atasnya lagi.
Tiada nas al Quran atau hadith yang menceritakan bahagian masing2 jika datuk BERGABUNG dengan saudara.sama ada saudara kandung atau saudara seayah.Itulah sebabnya para sahabat mendiamkan diri dan takut membahas masalah ini.
Ibn Mas’ud sendiri pernah berkata: “Tanyalah kepada kami segala kemusykilan kamu,tetapi jangan ditanya tentang permasalahan pewarisan datuk, sebab Allah tidak menerangkan”.
Umar bin Khattab berkata: “Aku adalah orang yang paling berani memberikan bahagian datuk kerana aku orang yang paling berani masuk neraka”.
Ali bin Abi Talib berkata: “Siapa yang ingin masuk neraka jahannam maka hendaklah dia membuat keputusan permasalahan antara datuk dengan saudara”.
Jelas di sini ketakutan untuk melakukan kesilapan dalam menetapkan atau memutuskan kadar bahagian datuk yang bergabung dengan saudara. Kerana tidak ada nas yang menjelaskan.Oleh itu,ijtihad diadakan untuk menyelesaikan permasalahan ini.
Sedangkan ijtihad itu mungkin betul dan mungkin juga salah. Hal ini disebabkan boleh jadi ijtihad tersebut memberikan bahagian kepada yang berhak mendapatkan bahagiannya dan boleh jadi ijtihad memberi bahagian kepada yang tidak berhak untuk mendapatkannya dan sebaliknya.
Itulah sebabnya para sahabat takut untuk menetapkan keputusannya kerana takut berbuat zalim kerana hal ini berkaitan dengan harta benda.Ilmu faraid (pewarisan/المواريث) merupakan suatu ilmu yang boleh mengundang padah dan kezaliman. Hal ini juga dapat dibuktikan apabila Allah sendiri menerangkan cara pembahagiannya kepada hamba Nya dalam al Quran sendiri. Rujuk surah An Nisa atat 11, 12 dan 176.
Namun, masalah ini dapat di atasi apabila banyaknya pendapat para sahabat, tabiin, ulama salaf dan ulama mujtahidin yang telah mengerahkan segala tenaga dan pemikiran mereka dalam menetapkan hukumnya dan telah dibukukan pendapat mereka. Generasi yang masih hidup di hari ini hanya perlu menilai mana pendapat yang kuat (rajih) setelah meneliti dalil-dalil yang telah dikemukakan. Alhmdulillah.n_n
Pandangan ulama mujtahid:
Sangatlah menarik dan bernas pendapat2 yang dikemukan oleh para ulama dalam menetapkan hukum kadar bahagian datuk jika bersama dengan saudara kerana mereka telah mengemukakan alasan yang munasabah dan menepati uruf masing2. Namun, saya ringkaskan di sini terdapat 2 golongan yang mengemukakan pendapat masing2 iaitu :-
Golongan Pertama: (Mazhab Abu Hanifah dan para sahabat seperti Abu Bakar, Ibn Abbas dan Ibn Umar dan segolongan dari  sahabat dan tabiin. Moga mereka diredhai oleh Allah SWT)
Saudara kandung, saudara seayah, saudara seibu, lelaki atau perempuan mereka terdinding (محجب) jika ada datuk. Ini kerana datuk sama kedudukannya dengan ayah sekiranya ayah tidak ada dan datuk adalah ayah yang paling tertinggi.
Golongan Kedua: (Pendapat oleh Jumhur ulama yang terdiri daripada kalangan ulama mujtahid daripada Mazhab Syafii, Hanbali dan Maliki serta para sahabat dan tabiin seperti Zaid bin Tsabit, Ali bin Abi Talib, Ibn Mas’ud, As-Syi’bi’ dan pendapat penduduk Madinah.Pendapat yg dikemukakan digunapakai oleh mahkamah syariah di negara2 Islam kerana lebih adil, dalilnya myakinkan dan ternyata lebih sesuai untuk mencapai maslahat ummah).
Datuk bersama beberapa atau seorang saudara ada dua keadaan dan dalam kedua2nya ada hukum-hukum yang berbeza dan tertentu seperti:-
Keadaan Pertama:
Ahli waris terdiri daripada datuk dan beberapa orang saudara sahaja. Tiada ahli waris yang telah ditentukan bahagiannya oleh Allah (ashabul furud) dalam permasalahan ini.
Contoh: Mati seseorang yang telah meninggalkan datuk dan beberapa saudara sama ada laki2 ataupun perempuan. Dan tidak ada ashabul furud seperti isteri, ibu, atau anak perempuan dan sebagainya.
Hukumnya:
1)Datuk berkongsi dengan saudara (المقاسمة)
2) Datuk mendapat 1/3 daripada semua harta.( المالثلث)
Namun, apapun hukumnya yang ditetapkan, datuk mestilah diberikan bahagian yang paling banyak atau paling menguntungkan kepadanya daripada kedua2 hukum tersebut.
Berkongsi di sini bermaksud datuk di anggap sebagai saudara kandung. Datuk mengambil bahagian yang sama seperti saudara kandung walaupun ketika berhubungan dengan saudara2 yang lain. Tetapi sekiranya datuk bersama dengan saudara kandung perempuan maka datuk akan mendapat bahagian 2x ganda daripada saudari kandung tersebut.Ini berdasarkan kepada nisbah laki2 kepada perempuan adalah 2:1.
Kesimpulannya, jika berkongsi itu tidak menguntungkan kepada datuk, maka datuk akan mengunakan hukum yang kedua iaitu memperoleh bahagian sebanyak 1/3 daripada harta.

To be continue...I.Allah n_n


Wednesday, 31 October 2012

HATI SEORANG ADIK


HATI SEORANG ADIK: MUHAMMAD AL-HANAFIYYAH BIN ALI BIN ABI THALIB (BAHAGIAN SATU)


Profil

Nama penuh beliau ialah Muhammad bin Ali bin Abi Thalib.           
Lebih dikenali sebagai Abul Qasim, Muhammad al-Hanafiyyah bin Ali bin Abi Thalib.
Bondanya bernama Khaulah binti Ja’far ibn Qais al-Hanafiyyah, daripada Bani Hanifah.
Abang-abang tirinya ialah Hassan dan Hussain, putera al-marhumah Fatimah az-Zahra’.
 Perajurit gagah berani di medan juang.

Anak yang Dinanti-nanti Selalunya Berkualiti
 Ali bin Abi Thalib kepingin mempunyai putera lagi selepas hadirnya Hassan dan Hussain kesayangan Nabi. Pada hari-hari akhir kehidupan Rasulullah SAW, Ali mendampingi baginda. Ali berkata, “Wahai Rasulullah, apa pendapatmu andai saya dikurniakan seorang anak setelah tuan meninggal, (bolehkah) saya menamainya dengan namamu dan memberikan kun-yah (sapaan yang biasanya diungkapkan dengan ‘Abu fulan…’) dengan kunyah-mu?.”
“Ya”  jawab baginda.
Hari meniti hari, Rasulullah SAW pulang mengadap Ilahi. Tidak lama kemudian, isteri Ali menyusuli. Fatimah pergi ke pangkuan Kekasih tertinggi.

Demi kepentingan Islam, Ali lalu menikahi seorang wanita Bani Hanifah. Mawar bertuah itu namanya Khaulah binti Ja’far ibn Qais al-Hanafiyyah. Pada akhir pemerintahan Abu Bakr r.a., lahirlah seorang bayi lelaki daripada cinta Ali dan Khaulah. Ali menamainya “Muhammad.” Diberi julukan “Abu al-Qaasim” dengan izin Rasulullah SAW. Sejarah lebih mengenalinya dengan nama Muhammad ibn al-Hanafiyyah, untuk membezakannya dengan kedua saudaranya al-Hasan dan al-Husain. Bayi bertuah ini mendapat didikan langsung daripada ayahnya yang hebat.
Sifat-sifat Ali banyak tercurah kepada peribadi Muhammad al-Hanafiyyah. Tekun beribadah. Zuhud. Berani. Gagah perkasa. Fasih berpujangga. Pandai balaghah. Singa di medan jihad.

Baik Sangka Terhadap Kasih Ayah

Ali mengesan potensi  besar Muhammad al-Hanafiyyah sebagai perajurit terbilang. Digeruni kawan dan lawan. Sama seperti Ali.
Ali telah mengutusnya ke dalam pelbagai pertempuran. Dalam setiap pertempuran, selalunya Muhammad al-Hanafiyyah akan diamanahkan dengan misi-misi getir lagi berisiko tinggi. Amanah seberat itu tidak pula dipikulkan kepada al-Hassan dan al-Hussain.
Muhammad al-Hanafiyyah berbaik sangka terhadap arahan ayahnya. Beliau pernah diprovok, “Mengapakah ayahmu menjerumuskanmu ke dalam kebinasaan? Dia membebankanmu dengan apa yang kamu tidak mampu memikulnya . Dia menghantarmu ke tempat-tempat yang sempit tanpa kedua saudaramu al-Hasan dan al-Husain?”
Beliau  menjawab, “Tidak mengapa. Kedua saudaraku menempati kedudukan dua mata ayahku. Sedangkan aku menempati kedudukan dua tangannya. Dia (Ali) menjaga kedua matanya dengan kedua tangannya.”

Demi Cintanya Kepada Penyatuan Ummah

Dalam perang “Shiffin” yang meletus antara Ali ibn Abi Thalib dan Muawiyah ibn Abi Sufyan r.a.. Muhammad ibn al-Hanafiyyah membawa panji ayahnya.
Tidak seperti peperangan sebelum ini, pedangnya terasa lemah longlai untuk terus dihayun di medan siffin. Beliau berkata dengan hati sayu, “Sungguh aku menyaksikan perang “Shiffin”. Kami bertemu dengan para sahabat Muawiyah, kami saling membunuh hingga aku menyangka bahawa tidak akan tersisa seorang pun dari kami dan juga dari mereka. Aku menganggap ini adalah perbuatan keji yang besar.”
Tiba-tiba, aku mendengar seseorang berteriak di belakangku, “Wahai kaum Muslimin, (takutlah kepada) Allah! (Takutlah kepada Allah), wahai kaum Muslimin…
Siapakah yang akan (melindungi) para wanita dan anak-anak?
Siapakah yang akan menjaga agama dan kehormatan?
Siapakah yang akan menjaga serangan Romawi dan ad-Dailami?
Wahai kaum Muslimin…takutlah kepada Allah! Takutlah kepada Allah dan sisakan kaum muslimin. Wahai kaum muslimin.”
“Maka sejak hari itu, aku berjanji kepada diriku untuk tidak mengangkat pedangku di wajah seorang Muslim.
Kemudian Ali mati syahid di tangan pendosa yang zalim (di tangan Abdurrahman ibn Miljam ).”
Rentetan peristiwa itu, timbul perselisihan dalam memilih khalifah pengganti Ali. Diringkaskan cerita, kekuasaan berpindah kepada Muawiyah ibn Abi Sufyan. Tatkala itu, Muhammad ibn al-Hanafiyyah membaiahnya untuk selalu taat dan patuh dalam keadaan suka maupun benci.
Beliau mengenepikan dendam lama pada saat pasukan ayahnya dibantai pasukan Muawiyah. Ada silap faham yang sukar dimengerti. Muhammadal-Hanafiyyah yakin ketulusan hati kedua-dua pihak, semuanya cintakan kebaikan. Beliau memilih berlapang dada. Beliau rela menyerahkan baiah kepada Muawiyah demi menyatukan suara dan mengumpulkan kekuatan muslimin semula. Sungguh mengagumkan sifat baik sangka Muhammad al-Hanafiyyah kepada Muawiyyah, saudaranya se-Islam, sahabat Nabi yang dimuliakan.

Air Dicincang Tidak Akan Putus.

Sesekali, perbezaan pendapat antara adik beradik suatu perkara lumrah. Muhammad bin Al-Hanafiyyah menunjukkan peribadi yang tawadhuk dan sukakan perdamaian tatkala berselisih dengan abang tirinya, Hassan. Lihatlah betapa halus bahasanya kepada Hassan :
“Sesungguhnya Allah memberikan keutamaan kepada abang melebihi diriku. Bonda abang adalah Fatimah binti Muhammad Bin Abdillah sedangkan bonda adik adalah seorang wanita daripada Bani Hanifah. Datuk abang daripada jalur ibu adalah Rasulullah pilihanNya. Sedangkan datuk adik dari jalur ibu adalah Ja’far bin Qais. Jika surat adik ini smpai kepada abang, adik berharap abang berkenan datang ke mari dan berdamai, agar abang tetap lebih utama daripada adik dalam segala hal.” Sesampainya surat tersebut, Hasan bergegas mendatangi rumahnya untuk menjalin perdamaian

Saturday, 20 October 2012

Khairukum man taa'llamalQuraan wa a'llamuh

 aukama qaal Rasulallah s.a.w..

Kelas Bimbingan al-Quran Dr Luqman Ibrahim, finalis Astro Akademi Al Quran.
18 Oktober 2012
Bismillah, penulis nak bkongsi tentang ilmu al Quran terutama berkaitan tajwid.Sblm itu,apa hukum belajar tajwid dan hukum membaca bertajwid?
Jeng2..hukum belajar tajwid adalah fardhu kifayah.Adalah perlu dlm sesebuah komuniti itu utk tahu tentang nama2 hukum tajwid,hukum mad, hukum idzhar mahupun idgham dan sebagainya. Namun,adalah wajib bg setiap orang (fardhu ain) utk membaca al-Quran secara bertajwid.
1) Huruf dlm al Quran keseluruhan ada 28.Namun ada juga pandangan yang mengatakan ada 29 huruf.Hal ini disebabkan perselisihan dalam menyatakan huruf أ (alif) itu dikira sebagai huruf mahupun tidak.Hal ini disebabkan huruf ini adalah huruf mati.Hanya tanda ء yang terdapat pada huruf alif dikira.
2)Ok, bagaimana cara anda menyebut huruf2 tersebut? Cuba sebut أ ب  ت  dan seterusnya.Ops,berhati2! Cara menyebutnya adalah rongga mulut tidaklah dibuka dengan terlalu luas.
3) Turut di ajar cara menyebut makhraj huruf ت dan  د.Oh ya depa dua ni adik beradik dengan huruf ط. Kedudukan lidah adalah di hujung gigi.
4)Manakala huruf ث  dan ذ ظ  juga merupakan di tempat makhraj yang sama Cuma dari segi nipis dan tebal itu yang berbeza.Cuba sebut…
5) Pembelajaran terakhir adalah makhraj huruf ج.Huruf ini makhrajnya sama seperti sebutan huruf ش.. Perasan tak di mana kedudukan lidah ketika ini? Di tengah2 lidah dan melonjak ke atas kan?
Cuba baca ayat ini  والذين جاهدوا فينا   
Ok,selamat mencuba.=)
tq 2.06am,21 okt 2012