Petikan
Pesanan dan Nasihat As-Syaikh Nuruddin 'Itr di Majlis Pembukaan Pengajian
Beliau di Masjid Al-Azhar
BismiLLAHir Rahmaan nir Rahim.
1. Rasulullah S.A.W menjanjikan
kepada kita bahawa Allah S.W.T akan memberikan ganjaran yang pelbagai
(antaranya dicahayakan dan digemilangkan wajah,dibangkitkan dari kalangan
Ulamak dan Fuqaha' dll) kepada mereka yang berkhidmat(mendengar,belajar,memahami,menyampaikan)
WALAUPUN cuma kepada SATU SAHAJA Hadith Baginda S.A.W, apatah lagi sekiranya
kita berkhidmat kepada 40 Hadith Baginda S.A.W. [Kalau lebih apatah
lagi]
2. Persoalan beramal dengan Hadith
Dhoif adalah jelas. Para Ulamak sepakat di dalam membenarkan kita beramal
dengan Hadith Dhoif dalam Fadhail 'Aamal. Kumpulan-Kumpulan yang muncul hari
ini yang menyeru untuk "membuang terus" Hadith dhoif adalah
mereka-mereka yang tidak faham persoalan Hadith,Keliru antara beza Hadith Dhoif
VS Maudhuk.
3. Hadith ke 4 yang menyebut tentang
" Mereka yang Beramal dengan amalan Ahli Syurga sepanjang
hidupnya,kemudian dengan ketetapan Qadha Qadar,di hujung hayatnya dia akan
membuat amalan ahli neraka,lalu dimasukkannya ke dalam neraka"
Petikan Hadith ini Sebenarnya
Ditujukan kepada Mereka-Mereka yang Beramal soleh DENGAN RIYA'. Bukan
mereka-mereka yang beramal soleh dengan Ikhlas.
[Jadi,mereka-mereka yang menjaga
amal soleh dengan Ikhlas,InsyaAllah akan mendapat Husnul Khatimah dengan Rahmat
dan Keadilan Allah S.W.T]
4. Hadith ke 5,yang membincangkan
soal Bid'ah, berdasarkan Hadith,JELAS sekali bahawa makna Bid'ah Dholalah ialah
sebarang perkara yang BERCANGGAH dengan Syarak. (Deen)Bukanlah semata-mata
sesuatu amalan itu tidak disebut secara jelas di dalam NAS,terus kita boleh
menghukumkan sesuatu amalan itu sebagai Bid'ah.Sesuatu perkara yang tidak
disebut secara jelas,sekiranya MASIH TIDAK BERCANGGAH dengan ajaran ISLAM,maka
ianya bukanlah Bid'ah.
Ini kerana Hadith Baginda S.A.W
: "Dan ada perkara yang di diamkan(tidak disebut),bukan kerana
(Allah) lupa,TETAPI kerana Allah rahmat dan kasihkan akan kamu,maka
jangan lah kamu ingin mencari-carinya pula"
Selagi mana masih bertepatan dengan
Ajaran Islam,walaupun tidak disebut secara direct oleh Baginda S.A.W,maka ianya
bukanlah Bid'ah,kerana ianya termasuk dalam Kategori "Al-Afwu".
5. Hadith yang ke 6 yang
menceritakan persoalan Hati,peri pentingnya Hati kepada Manusia. Menunjukkan
kepada kita akan pentingnya ILMU TASAWWUF(ILMU PEMBERSIHAN JIWA DAN HATI)
kepada kita.
Tetapi harus diingat,proses
penyucian jiwa dan hati itu MESTILAH TERIKAT DAN BERPANDUKAN HUKUM HALAL dan
HARAM.Mana-mana pihak yang mendakwa bertasawuf,tetapi mengabaikan soal Halal
dan Haram,adalah golongan yang terpesong jauh dari panduan Hadith Baginda
S.A.W.
Wallahu'Alam.
Arma,507.
10.30 Malam.
No comments :
Post a Comment