Friday, 24 February 2012

Bismillahirrahmanirrahim.
Semester terakhir buat sahabat-sahabat di Akademi Pengajian Islam kian hampir.Baru minggu kedua pengajian,masih berbaki 12 minggu lagi untuk mencipta kenangan indah bersama dalam mengharungi kehidupan alam kampus bersama.
Semester ini subjek yang di ambil bersama sangat menarik dan menyeronokkan.Sambil belajar sambil tersenyum rasanya.Subjek Fiqh Usrah yang akan membincangkan hal yang berkaitan dengan kehidupan ke gerbang pernikahan.Hak suami dan isteri,hal berkaitan dengan hukum2 yang terdapat dalam pernikahan seperti khuluk,talaq,sekufu,rukun2 nikah dan sebagainya.Tapi subjek ini fully in arabic,maka perlu study awal dan faham istilah-istilah yang ada.
Subjek Fiqh Ikhtilaf yang akan membincangkan hal yang berkaitan dengan punca perselisihan,Cara untuk mengambil pandangan yang paling rajih dalam sesuatu isu.Menarik sebenarnya,tapi perlu banyak rujukan untuk mengetahui pandangan para ulama muktabar..Setakat ini kitab yang digunakan ialah Kitab Fiqh Perbandingan(fiqh muqaranah).Lecturer untuk kelas tutorial merupakan senior kami.Alhmdulillah,ada tempat rujuk yang paling tepat dan lebih memahami.Sekurang-kurangnya hilang rasa malu.
Subjek Pendidikan Keibubapaan yang merupakan subjek pilihan jabatan yang dipilih dari Jabatan Dakwah,Usuluddin.Belajar dari pendidik yang sangat berpengalamn membuatkan kami tidak kering gusi dalam kelas.Banyak kisah dan petua di peroleh.
Uruf wa Maslahah merupakan subjek yang paling digemari sebab di ajar oleh Lecture dari Libya."Bahi" maksudnya ok dalam uruf di Libya..kata us Sodeq Mubarak Sodeq.Alhmdulillah,pengajian yang sangat menenangkan.
Ops,terdapat Kertas Kerja Ilmiah yang perlu disiapkan sebelum bulan 4 ini.Tajuknya,Kajian Kefahaman Berwudhuk di Kalangan Pesakit-pesakit di Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM).Kajian ini memerlukan borang kaji selidik yang akan di isi oleh pesakit sendiri.Allahu rabbi,seronoknya dapat jumpa dan ziarah pesakit=)


"Ya allah,perbaikilah agamaku kerana ia merupakan pangkal urusanku.Perbaikilah duniaku kerana ia merupakan penghidupanku.Perbaikilah akhiratku kerana ia merupakan tempat kembaliku.dan jadikanlah hidupku sebagai kesempatan untuk menambah setiap kebaikanku dan jadikanlah mati sebagai pelepas diriku dari setiap kejahatan"
Hadith riwayat muslim

No comments :

Post a Comment