Tokoh Ilmuan Islam : Al-Jahiz

Nama Sebenar Al
Jahiz ialah Abu Uthman Amr ibn Bakr al-Kinani al-Fuqaimi al-Basri. Al-Jahiz
adalah ahli zoologi Islam yang pertama dan merupakan penulis buku The Book of
Animals. Beliau lahir pada tahun 776 iaitu 14 tahun selepas Baghdad diasaskan
oleh Khalifah al-Mansur.Al-Jahiz belajar membaca dan menulis pada awal usia dan
menceritakan bagaimana ibunya memberinya ‘sedulang’ kertas nota dan
memberitahunya bahawa kertas-kertas itu boleh menyara hidupnya kelak.Akhirnya,
Al-Jahiz memulakan kariernya sebagai penulis dan antara tulisannya yang paling
tersohor ialah Book of Animals. Beliau menerima 5,000 dinar emas dari pegawai
yang menerima buku Book of Animals.
Al-Jahiz
telah menulis lebih 200 naskhah buku tetapi hanya 30 naskhah dapat diselamatkan.
Hasil kerjanya meliputi bidang zoologi, tata bahasa Arab, puisi, retorika dan
kamus.Beliau dianggap sebagai salah seorang saintis Islam yang menulis mengenai
saintifik dan subjek yang kompleks untuk orang kebanyakan.Hasil kerja Al-Jahiz
yang terpenting ialah Book of Animals iaitu Kitab al-Hayawan yang mana
sungguhpun tidak lengkap, ia mengandungi tujuh jilid yang edisinya dicetak.Ia
mengandungi maklumat saintifik yang penting dan jangkaan konsep nombor yang
hanya dibangunkan sepenuhnya sehingga separuh kurun ke-20.
Dalam
buku itu, Al-Jahiz membincangkan perkara mengenai peniruan haiwan iaitu
sesetengah parasit menyesuaikan warnanya mengikut haiwan yang
ditumpanginya.Beliau juga menulis panjang lebar mengenai pengaruh cuaca dan diet
manusia serta tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang hidup di persekitaran geografi dan
kawasan yang berbeza.Beliau turut membincangkan mengenai komunikasi di antara
haiwan, psikologi dan tahap intelek serangga dan beberapa spesies
haiwan.
Selain
itu, beliau menyediakan turutan yang lengkap mengenai organisasi sosial serangga
yang diperoleh daripada pemerhatiannya.Antaranya bagaimana serangga menyimpan
biji-bijian di dalam sarang yang tidak rosak pada musim hujan.Beliau juga tahu
sesetengah serangga bertindak balas terhadap cahaya dan telah menggunakan
maklumat ini untuk mencadangkan satu kaedah memerangkap nyamuk dan lalat.Pada
awal pelopor sains zoologi dan antropologi, Al-Jahiz telah menemui bahawa kesan
alam sekitar terhadap kehidupan haiwan dan juga memerhati perubahan spesies
haiwan berdasarkan beberapa faktor.Dalam beberapa muka surat buku itu, beliau
turut menggambarkan konsep sains yang biasanya berlainan dengan konsep yang
dinyatakan oleh Charles Darwin.Konsep Al-Jahiz adalah sesuatu yang baru dalam
sejarah sains dan sungguhpun ahli falsafah Greek seperti Empedocles dan
Aristotle membicarakan perubahan dalam tumbuhan dan haiwan, mereka tidak
melakukan langkah pertama untuk memperkembangkan teori itu secara
komprehensif.
Bagi
mereka, perubahan itu hanya satu konsep yang ringkas dan pergerakannya pula
tidak memberi makna apa-apa.Sebanyak 87 lembaran daripada buku Book of Animals
(kira-kira satu pertiga daripada teks asal yang ditulis oleh al-Jahiz) kini
dipelihara dan disimpan di Perpustakaan Ambrosiana Library di Milan,
Itali.Koleksi itu (salinan daripada naskhah asal) bertarikh kurun ke-14 dimiliki
oleh pemilik terakhir, Abd al-Rahman al-Maghribi, tahun 1615.Lembaran daripada
buku Book of Animals itu mengandungi lebih 30 ilustrasi dalam bentuk
kecil.Al-Jahiz kembali ke Basra selepas menghabiskan masa lebih 50 tahun di
Baghdad. Beliau meninggal dunia di Basra pada tahun 868 akibat kemalangan
ditimpa rak buku di perpustakaannya.
** Baca juga di
sini :
http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Jahiz
dan sini http://palestinianmd.blogspot.com/2008/11/tribute-to-lost-civilization.html
copy dari:http://scorpembargo.blogspot.com/2011/06/tokoh-ilmuan-islam-al-jahiz.html
No comments :
Post a Comment