Tuesday, 5 April 2011

IKTIBAR DAN MUHASABAH- Us Roslan Mohamed

Khalifah Uthman ibn Affan  diriwayatkan pernah berkata : Aku menikmati manisnya beribadat dlm 4 keadaan iaitu; Pertama, dalam menunaikan kewajipan yang difardukan Allah SWT. Kedua, dalam meninggalkan segala larangan Allah SWT. Ketiga, dalam menyuruh kepada perkara kebaikan mengharapkan reda Allah SWT dan keempat, dalam mencegah dan menegah kemungkaran kerana bimbang akan kemurkaan Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda ; Ada 4 mutiara dalam diri manusia dan ianya boleh terhapus dengan 4 perkara juga; Adapun mutiara itu ialah Akal, Agama, Malu dan Amal Soleh... maka marah boleh menghapuskan akal, hasad boleh menghapuskan agama, tamak boleh menghapuskan malu dan khianat boleh menghapuskan amal soleh.

Abdullah ibn Mas'ud  diriwayatkan pernah berkata ; Sesungghunya syiar iman ada empat iaitu; Takwa, Malu, Syukur dan Sabar

Seorang alim bernama Muhammad ibn al-Duriyy  pernah berkata; Celaka Iblis disebabkan 5 perkara; Tidak pernah mengaku dgn dosanya, Tidak pernah menyesal, Tidak pernah mencela diri sendiri, Tidak pernah berazam utk bertaubat dan Berputus asa dari beroleh Rahmat Allah SWT... dan bahagianya Nabi Adam alaihissalam disebabkan 5 perkara; Mengakui akan dosanya kpd Allah, Menyesal atas dosa yang dilakukan, Mencela dirinya sendiri, Bersegara  bertaubat kpd Allah SWT dan Tidak pernah berputus asa terhadap Rahmat Allah SWT.

Sahabat sekelian, renungilah bicara mutiara kata di atas dan ambillah peringatan sebagai iktibar dan muhasabahlah diri kita masing-masing. Semoga Allah SWT akan melengkapkan kehidupan kehidupan kita sebagai hambaNya dalam keadaan diredaiNya dan dirahmatiNya... Ya Allah, permudahkan urusan hidup kami, muliakan amal ibadah kami dan rahmatilah iman dan agama kami.

No comments :

Post a Comment