Tok Moris ialah seorang pahlawan Kedah yang terkenal. Cerita tentang
kehebatan Tok Moris ini diwarisi turun temurun oleh keturunannya yang
bertebaran di tanah air ini terutamanya di Kampung Kubur Panjang,
Pendang, Kedah Darul Aman. Tok Moris atau Tok Mo Reh ini merupakan
singkatan nama Tok Bomoh Idris. Gelaran Tok Bomoh ini merupakan nama
penyamaran yang digunakan ketika saat kritikal pasca Perang Musuh Bisik
1821. Nama sebenar beliau ialah Syed Idris yang suatu ketika dulu pernah
menjadi Raja Kota Star, Kedah.
Foto1: Pedang milik Wan Darus
yang mempunyai hulu yang hampir sama dengan hulu pedang Tok Moris.
Nama
penuh Tok Moris menurut urutan salasilah ialah Syed Idris ibni Syed
Hatta ibni Sultan Muzaffar III ibni Syarif Abu Bakar Syah ibni Sultan
Muhyiddin Mansur Syah ibni Sultan Mahmud ibni Nai Hisbu Muadzam Syah
ibni Sultan Zahiruddin Muhammad Syah I (Pengasas Empayar Mughal India).
Jika dilihat kepada pedang yang digunakan oleh Tok Moris kelihatan
dengan jelas wujudnya pengaruh Mughal dalam reka bentuk pedang tersebut.
Foto
2: (Dari buku The Last Mughal, William Dalrymple) menunjukkan pahlawan
Mughal menggunakan 2 pedang mirip seperti pedang Tok Moris dan Wan
Darus. Persoalan mula timbul adakah Tok Moris dan Wan Darus adalah orang
yang sama? Idris @ Idrus, Deris @ Derus @ Darus? Persoalan ini hanya
berdasarkan pahlawan Mughal di atas menggunakan 2 bilah pedang untuk
seorang.
Menurut manuskrip Undang-Undang Kedah ciri-ciri pedang yang
dimiliki oleh Tok Moris menggambarkan beliau adalah seorang anak raja.
Dan sememangnya gelaran panglima pada masa dahulu juga adalah untuk anak
dan putera raja. Anak dan putera raja inilah yang akan mempertahankan
ayahanda mereka iaitu raja yang memerintah. Tok Moris merupakan Raja
Kota Star yang telah dilantik oleh datuknya Sultan Muzaffar III atau
lebih dikenali sebagai Koya Long @ Po Chan @ Raja Kemboja.
Foto
3: Kota Star yang pernah menjadi pusat pentadbiran dan pertahanan di
bawah pemerintahan Tok Moris. Dapat dilihat dengan jelas motif Bunga
Teratai atau Bunga Tunjung pada pintu gerbang kota tersebut.
Kelompok
keturunan Tok Moris yang terdapat di Kampong Kubur Panjang adalah dari
jurai isteri pertama beliau iaitu Nai Long Anyai yang merupakan kakak
kandung kepada Sultan Jaafar Muadzam Syah ataupun lebih dikenali
sekarang ini di dalam sejarah mainstream sebagai Encik Long Jaafar.
Perkahwinan ini merupakan perkahwinan antara sepupu kerana Syed Hatta
merupakan adik kepada Syed Alang Alauddin @ Panglima Bukit Gantang.
Manakala Panglima Bukit Gantang pula merupakan ayah kepada Long Jaafar.
Selain dari Nai Long Anyai ada lagi beberapa orang isteri beliau
termasuk salah seorang dari keturunan Cina Manchu.
Pasca Perang Musuh
Bisik 1821 memberi tekanan yang amat dahsyat kepada keturunan Merong
Maha Wangsa kerana selain dari berperang dengan penjajah British dan
Thai mereka berhadapan dengan musuh dalam selimut, duri dalam daging,
gunting dalam lipatan dan api dalam sekam dari kaum kerabat yang sanggup
bersekongkol dengan penjajah semata-mata mahukan kuasa tanpa maruah.
Semasa saat kritikal ini penyamaran dengan pelbagai nama dan karektor
dilakukan untuk keselamatan keturunan. British dan Thai amat mudah
dikenali tetapi pengkhianat dan talibarut dari bangsa sendiri amat sukar
dikenalpasti. Ini adalah perkara lumrah yang juga berlaku kepada Tengku
Muhammad Saad, Mat Kilau dan lain-lain yang terpaksa menyamar untuk
tidak dikenali oleh pengkhianat dan talibarut penjajah. Pejuang- pejuang
ini bukanlah orang kebanyakan tetapi terdiri dari anak atau putera raja
dan kerabat yang tidak mahu bersekongkol dengan penjajah.
Legasi
perjuangan ini terus diwarisi dan dizahirkan oleh salah seorang anak
Tok Moris iaitu Syed Zainal yang juga dikenali sebagai Tok Jenai @
Janai. Tok Jenai ini merupakan datuk dari sebelah ibu kepada Mahaguru
Silat Seni Gayong iaitu Dato Meor Abdul Rahman. Dan sesungguhnya Silat
Seni Gayong yang dizahirkan oleh Dato Meor Abdul Rahman ini adalah
warisan Hang Tuah boleh diperjelaskan melalui salasilah keturunan Merong
Maha Wangsa. Titisan darah Hang Tuah sememangnya mengalir dalam tubuh
Dato Meor Abdul Rahman kerana beliau ialah cicit kepada Syed Idris, yang
merupakan cucu kepada Sultan Muzaffar III, yang merupakan anak kepada
Puteri Suryamarin, yang merupakan anak kepada Sultan Langkat @ Tok
Pasai, yang merupakan anak kepada Laksamana Hang Tuah @ Tun Saaban @
Narai Maharaja Ayuttaya @ Sultan Iskandar Mahkota Alam Acheh.
Berdasarkan
perkara tersebut di atas, tidak hairanlah jika terdapat tari Bunga
Teratai atau Bunga Tunjung yang merupakan tari sembah Silat Seni Gayong.
Begitu juga lambang naga dan harimau yang digunakan oleh Silat Seni
Gayong menunjukkan satu legasi Merong Maha Wangsa yang dizahirkan oleh
mahaguru. Bersesuaian dengan sajak mahaguru yang berbunyi
Seni Gayong
seni pusaka
Dipimpin oleh putera negara
Supaya dapat taat setia
Amanah
guru harus dijaga
Siapakah putera Negara yang dimaksudkan? Mereka
ialah Hang Tuah, putera kepada Nai Hisbu Muadzam Shah. Mereka ialah
Sultan Muzaffar III, putera kepada Syariff Yang Di Pertuan Abu Bakar
Syah. Mereka ialah Panglima Bukit Gantang, putera kepada Sultan Muzaffar
III. Mereka ialah Syed Idris, putera kepada Syed Hatta Raja Kayang
Indera Sakti.
Foto 4: Lambang Silat Seni Gayong yang menzahirkan
semula legasi Merong Maha Wangsa.
Kajian yang mendalam perlu
dilakukan untuk mencari dan menggali semula bukti-bukti yang telah
digelapkan oleh penjajah. Anak-anak Gayong dari pelbagai cabang ilmu
perlu bergabung untuk membongkar misteri legasi ini. Bersesuaian dengan
kata mahaguru Dato Meor Abdul Rahman
Kaji sejarah Gayong baru tahu ia
pusaka
Kenal masakan tak cinta
Tahu masakan tak pelihara
Pusaka
milik kita
Rekaan hanya sementara
CINTALAH..RINDULAH PADA ILAHI..JIKA KAU MERINDUINYA DAN AKU JUGA BEGITU JUGA...MAKA WAKTU ITU HATI KITA TELAH BERSATU..KERANA MERINDUINYA YANG SATU,DSTULAH SELAYAKNYA HATI KITA BERTEMU..SEANDAINYA HDUP INI PUNCA PERPSAHAN..BIARLAH MATI JADI PENGHUJUNGNYA DAN ANDAINYA MATI ITU PUNCA PERPSAHAN BIARLAH HDUP INI MENBERI ERTI YANG NYATA.n_n
No comments :
Post a Comment