Sunday, 9 October 2011

ANAK KECIL ITU

Pernahkah anda mendengar seorang anak kecil membantah keputusan orang tuanya? Orang tua memaksa makan ubat yang sangat pahit demi menyembuhkan si anak yang sedang sakit. Akan tetapi,si anak tetap menangis dan marah-marah,”ibu jahat!”. Pekiknya marah sambil menangis. Pada pendapat anda,adakah si ibu benar-benar seorang yang jahat ataupun si ibu sedang bertungkus-lumus berusaha untuk kebaikan anak itu? Ya,saya yakin kita sepakat dangan jawapan yang sama. Si ibu sama sekali tidak berbuat jahat pada si anak, malah dia hendak menyembuhkan anaknya dari penyakit yang berbahaya. Jadi,kenapa pula anak itu menangis dan marah-marah? Mengapa dia menuduh ibunya berlaku tidak baik padanya? Ya,saya juga percaya jawapan kita kali ini juga sama,kerana anak itu masih kecil dan belum mengerti. Kemampuan berfikir dan ilmu yang dimiliki si anak belum mampu menjadikannya memahami hakikat dari tindakan si ibu, sehingga kebaikan dilihatnya sebagai keburukan. Kelak jika si anak sudah dewasa,pastinya dia akan memahami dan tidak lagi membantah, malah dia akan menerimanya dengan penuh rasa terima kasih. Semua kesakitan dan pnderitaan adalah untuk kebaikan anak itu. Walaupun menangis dan meronta-ronta minta dilepaskan, dia tetap akan disuntik dengan jarum suntikan itu. Semua demi kebaikannya, kebaikan yang belum mampu difahaminya pada ketika itu. Kebaikan kadangkala menyakitkan,ingatlah ia baik-baik.. Kini..perhatikan kehidupan seharian kita. Hitunglah keluhan-keluhan serta nada bantahan kita terhadap ketentuan-ketentuanNya. Tidakkah kita dilihat bagaikan seorang anak kecil? Tidakkah kita berasa malu dengan keadaan diri yang seperti itu? Allah adalah Tuhan Smesta Alam, Tuhan Yg Maha Mengetahui sedangkn kita hanyalah hmbaNy. Allah mengetahui dan pengetahuanNya tidak boleh sesekali kita bandingkan dengan pengetahuan si ibu bahkan doktor sekalipun. Sebagai seorang hamba, kedudukan kita thadap-Nya jauh lebih rendah dibandingkan dengan kedudukan seorang anak di hadapan ibu ataupun doktor.
Renung-renungkan…
“ Bila Allah Menduga Kita”
karangan Syed Alwi Al Atas
terbitan must read

No comments :

Post a Comment