Anak didik yang soleh..amin. |
ANAK KECIL
Pernahkah
anda mendengar seorang anak kecil membantah keputusan orang tuanya? Orang tua memaksa
makan ubat yang sangat pahit demi menyembuhkan si anak yang sedang sakit. Akan
tetapi,si anak tetap menangis dan marah-marah,”ibu jahat!”. Pekiknya marah sambil
menangis. Pada pendapat anda,adakah si ibu benar-benar seorang yang jahat
ataupun si ibu sedang bertungkus-lumus berusaha untuk kebaikan anak itu?
Ya,saya yakin kita sepakat dangan jawapan yang sama. Si ibu sama sekali tidak berbuat
jahat pada si anak, malah dia hendak menyembuhkan anaknya dari penyakit yang
berbahaya. Jadi,kenapa pula anak itu menangis dan marah-marah? Mengapa dia
menuduh ibunya berlaku tidak baik padanya? Ya,saya juga percaya jawapan kita
kali ini juga sama,kerana anak itu masih kecil dan belum mengerti. Kemampuan berfikir
dan ilmu yang dimiliki si anak belum mampu menjadikannya memahami hakikat dari
tindakan si ibu, sehingga kebaikan dilihatnya sebagai keburukan. Kelak jika si
anak sudah dewasa,pastinya dia akan memahami dan tidak lagi membantah, malah
dia akan menerimanya dengan penuh rasa terima kasih. Semua kesakitan dan
pnderitaan adalah untuk kebaikan anak itu. Walaupun menangis dan meronta-ronta
minta dilepaskan, dia tetap akan disuntik dengan jarum suntikan itu. Semua demi
kebaikannya, kebaikan yang belum mampu difahaminya pada ketika itu. Kebaikan
kadangkala menyakitkan,ingatlah ia baik-baik..
Kini..perhatikan
kehidupan seharian kita. Hitunglah keluhan-keluhan serta nada bantahan kita terhadap
ketentuan-ketentuanNya. Tidakkah kita dilihat bagaikan seorang anak kecil?
Tidakkah kita berasa malu dengan keadaan diri yang seperti itu? Allah adalah
Tuhan Smesta Alam, Tuhan Yg Maha Mengetahui sedangkn kita hanyalah hmbaNy. Allah
mengetahui dan pengetahuanNya tidak boleh sesekali kita bandingkan dengan pengetahuan
si ibu bahkan doktor sekalipun. Sebagai seorang hamba, kedudukan kita thadap-Nya
jauh lebih rendah dibandingkan dengan kedudukan seorang anak di hadapan ibu
ataupun doktor.
Renung-renungkan…
“ Bila Allah
Menduga Kita” karangan Syed Alwi Al Atas terbitan must read
No comments :
Post a Comment