Friday, 25 November 2011

Muhammad Luqman al-Hakim


Bismillahirrahmanirrahim....
Mak cik Halimah keguguran sekali sebelum mengandungkan Luqman.Ketika itu,MCik Halimah dalam keadaan kurang sihat kerana  penyakit arthiritis.Beliau seringkali sakit nyilu dan berdenyut-denyut dipergelangan  tangannya.Saban hari apabila malam menjelma,sakitnya makin terasa sehinggakan wajahnya cengkung dan badannya kurus sangat ketika mengandungkan Luqman.MCik Halimah merupakan pesakit yang diberi keutamaan jika beliau hadir ke klinik.Penyakit yang dihidapi beliau mengundang kerisauan pada doctor dan nurse yang merawat.
Tetapi,MCik Halimah cekal orangnya.Meskipun kandungannya semakin membesar,Mcik Halimah masih lagi bekerja namun perlu dihantar dan dijemput oleh PCik Haron.Ketika waktu itu,pasangan suami isteri ini masih teguh dalam berikhtiar dan berusaha mencari ubat untuk pulihkan sakit.Sehingga lah satu hari ketika penulis masih di universiti dan PCik Haron telefon memberitahu MCik Halimah selamat melahirkan Luqman.Proses kelahirannya sangat mudah.Masya Allah,Subhanallah semuanya rahsia dan kuasa Allah.Mana mungkin satu batang tubuh yang lesu hinggakan kadang-kadang perlu di dukung,di angkat oleh Pcik Haron tika beliau mengandung dahulu kini selepas bersalin,sihat wal’afiat.Hanya tidak sampai 2 jam proses kelahirnya luqman! Keesokan harinya sudah boleh keluar hospital dua beranak ini.Alhmdulillah.
Luqman masa lahir nya berat 3.0kg kalau tak silap,ke 2.5-2.8kg ntah.Masa luqman berumur 1-4 bulan,Luqman seorang yang cergas,badanya berotot-otot kemas seperti kakak dan abg-abgnya tika kecik dulu.Wajahnya bulat berseri-seri.Setiap kali diberi imunisasi Luqman nangis sikit-sikit shj.Tak menjerit2 atau meronta-ronta.Luqman baik,mudah menjaganya.Mungkin Luqman kesian kat emaknya yang tak berapa kuat dan sihat.Ketika MCik Halimah dalam berpantang,emosinya sedikit tergangu.Sangat cepat sensitive.Pantang dengar suara bising-bising.Suka duduk sorang-sorang dalam biliknya.PCik Haron tika itu pasti teruji rasa kasih dan saying,kesetiaan dan rasa tanggungjawabnya.Penulis masih lagi terkenang,Bapanya masak nasi untuk anak-anak lain yang masing-masing kecil lagi.Anak-anak yang dewasa semuanya belajar jauh-jauh.Moga Allah membalas jasamu dan diganjari syurgaNYA kelak.Amin.

Luqman semakin membesar,Mcik Halimah semakin pulih.Alhmdulillah,Mama Pah seringkali datang ke rumah beri semangat dan motivasi.Bila minda sihat,pasti jasad juga akan sihat.Beginilah kaedah rawatan MCik Halimah di samping berusaha berubat dengan cara traditional.Perubatan Moden dan uabatn dari hospital tidak digunakan kerana tiada jaminan akan pulih dari sakit dan hanya sekadar menahan sakit.Jika ubatn hospital di ambil dalam jangka masa yang lama,akan member kesan tidak baik pada anggota badan yang lain suatu hari nanti.

Luqman semakin cergas,sekarang sudah berusia 1tahun 2 bulan.Luqman dah boleh bertatih,naik tangga,panggil mak dan abah dan paling seronok dah pandai panggil kakak.Wah-wah…
Tapi badan luqman satu ketika dulu semakin susut,kurus sangat.Emak pon boleh dukung sebab ringan.Rupa-rupanya dilanda penyakit cacing.Najisnya selalu cair macam cirit birit.Masa itu,penulis dan keluarga sedih.Luqman tak suka minum susu lain melainkan susu ibunya.Puas sudah penulis,Mama Pah,Sepupu,tok berusaha bagi macam-macam petua hinggakan botol susu sapai banyak kalibeli,puting,rebina….tapi semuanya tak menjadi.
Masa tu Luqman cergas sangat,suka masuk bawah meja,meniarap atas lantai yang mana-mana dia suka nak “park”.hihi.

Sekarang lagi lagi cergas,Kakak Husna Solehah nya suka benar ajak explore satu rumah.Bawah meja,atas tangga,pergi main air kat Bilik air,jalan-jalan kacau kucing,suka selinap tirai,main plug TV..semuanya dia redah.Sebab luqman dah kena mandi dengan air daun mambu kot namanya,utk mandi budak kena cacing.
………………….CNTINUE CERITA LAIN HARI YE.
Luqman yng terkini selepas raya 2011.Setakat nak naik dan turun sofa tue,kacang je bagi hero yang bongsu nie.=) Hargai lah orang di sekeliling kita,yang muda di kasihi,yang tua di hormati,diri sendiri jgn dizalimi.

No comments :

Post a Comment