Friday, 23 December 2011

Fiqh Kontemporari (Fiqh Kepenggunaan)

Bismillahirrahmanirrahim.
Sedikit perkongsian ilmu yang penulis dapat dari pembelajaran kelas terakhir.Berguru dengan ustaz Mohd Safirin bin Ismail merupakan suatu wadah pemikiran yang membuatkan penulis dan sahabt yang lain terpinga-pinga dan adakalanya mati kutu kami untuk menjawab persoalan yang diutarakan oleh ustaz.Ada beberapa isu yang kami telah pelajari sepanjang semester ini.Antaranya ialah :
1) Status arak dan alkohol
2) Konsep berubat dalam Islam
3)Konsep penyembelihan
4)Konsep perburuan
5)Penghasilan lukisan dan ukiran patung.
6) Hukum menggugurkan kandungan
7)Konsep menutup aurat
8)Merokok
9)Muzik

Dan pada kali ini penulis akan membawa kepada perkongsian ilmu yang telah diperoleh dalam perbincangan dalam kelas.
Jika kita lihat masa kini dunia hiburan,berseni bernada dan berlagu menjadi satu kemestian dan perkara yang tak dapat tidak setiap insan yang telah mumaiyiz pasti tak terlepas daripada hal ini.Anda kenal lady gaga?Penah dengar lagu Purnama Merindu oleh Siti Nurhaliza?Penah tengok Kumpulan Linkin Park?Kenal kumpulan Iklim yang terkenal dengan lagu Suci dalam debu?Penah dengar lirik "Bagaikan syurga tanpa bidadari" oleh hazami dalam lagunya winter sonata..Perlu kita ingat dan perhati..dalam syurga tiada atau ada bidadari?...
Persoalan-persoalan  tersebut yang membuatkan kita terfikir seketika,apakah yang kita lakukan kini berpandukan ilmu atau berbuat mengikut apa?
Dalam perbincangan yang telah dilakukan terdapat beberapa garis panduan dalam penetapan hukum muzik ini oleh ulama silam dan ulama kontemporari.Antaranya ialah:
1)Perlu kembali kepada niat.
Kerana niat yang akan mendorong dan pandu hati kita.Dan apabila perkara fitrah (manusia fitrahnya suka berhibur) dilakukan dengan cara yang betul, maka akan di ganjari dengan pahala.Seumpama,pasangan lelaki dan perempuan yang saling berkasihan(perkara fitrah manusia mahu disayangi dan myayangi) maka perkara fitrah itu disalurkan pada cara yang betul iaitu bernikah,maka pahala buat mereka.Jika perkara fitrah itu dilakukan dengan cara yang salah,maka tak dapat pahala lah.
2) Lihat pada senikata lagu tersebut.Hal ini perlu agar tidak ada senikata yang bercanggah dengan hal aqidah atau menafikan lumrah ciptaan Allah.Contohnya,"bagaikan syurga tiada bidadari "yang telah disebutkan tadi.

No comments :

Post a Comment