Saturday, 7 April 2012

Persoalan.




Persoalan : betul ke kalau kita ambil wuduk tapi untuk anggota kaki kita ambil wuduk di tempat lain, wuduk x sempurna dan x sah?


 Assalamualaikum,ana bukan lah orang yang arif dalam bab ni.Cuma sekadar myampaikan ilmu yang ana peroleh dari buku Pendidikan Wudhuk Mzhab Al-Shafii karangan Kamarul Azmi Jasmi daripada Universiti Teknologi Malaysia 2007.
Dalam surah al maidah: 6 disebutkan 4 rukun wudhuk iaitu;"Wahai orang2 yang beriman,apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang(padahal kamu berhadas kecil) maka (berwudhuklah) iaitu basuhlah muka kamu,dan kedua belah tangan kamu hingga siku, dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu hingga ke buku lali."Manakala 2 rukun lagi iaitu niat dan tertib dijelaskan drpd hadith Nabi SAW dan al qiyas.Dalam persoalan team members usrah wonderpet ini menjurus kepada soal hal yang berkaitan sangkaan kita iaitu rukun ke enam iaitu tertib,sebab soalannya berbunyi jika basuh kaki di tempat lain tp permulaan wudhuknya di tempat lain.Contohnya,basuh muka,tangan hingga siku dan sapu kepala di sinki tandas,tp basuh kaki di dalam shower tandas..betul tak ye cth ni?Maaf ya,andai ana silap.
Tetapi tertib yang sebenar ialah mengaturkan segala rukun yang empat seperti peraturan yang disebut dalam al quran.Wajib mendahulukan membasuh muka bserta niat diikuti membasuh kedua belah tangan hingga ke siku,myapu kepala, dan mbasuh kedua belah kaki.Jika seseorang myalahi tertib ini tidaklah sah wudhuknya.(kitab al sharbini)
Manakala dalam perbuatan berturut2 membasuh anggota wudhuk atau "muwalah" adalah sunat dalam wudhuk bagi orang yang sihat.Muwalah itu ialah membasuh atau menyapu anggota wuduk yang kedua sebelum kering basuhan atau sapuan yang pertama.Kadang2 muwalah ini wajib bagi orang yang bpenyakit sepert kencing tidak lawas(sulus al baul).Orang yang sihat yang memisah-misahkan basuhan anggota wudhuknya tidaklah merosakkan wuduk daripada sah sekalipun masa pemisahan itu berlaku dlm jangka masa yang lama..Tidaklah dihukumkan makruh.Sebaliknya jika perpisahan itu berlaku dengan alasan seperti lupa,khabisan air,lari dpd sesuatu yang dtakuti atau sbagainya hukumnya adalah harus berpandukan kepada dalil peristiwa Baginda SAW yang satu ketika sedang baginda mengambil wudhuk di Madinah.Sebelum sempat Baginda menyapu khufnya,slpas mbsuh muka,kdua2 belah tgnnnya dan dsapu sbhgan kpalanya,Bginda SAW dpanggil olh sbhgian shbt untuk myembahyangkn jenazah dlm masjid.Kmudian
bginda terus bjalan msuk ke dlm msjid.kmudian bginda myapu kdua2 belah khufny dan terus mymbahyangkan jnzh.Dlm pristiwa ini antara myapu kpla dan myapu khufnya blalu masa yang lama.
Kesimpulannya,tidaklah terbatal wudhuk jika basuh anggota kaki ketika berwudhuk di tempat yang berasingan.=)

No comments :

Post a Comment