PENGALAMAN MENGAJAR ERTI KASIH SAYANG.
Hampir sebulan saya mula bekerja sambilan di kolej kediaman
saya sendiri.Mulanya sahabat saya yang tolong adjust untuk mengajar anak
penyelia kolej.Aturan dari Allah,penyelia kami semuanya sudah berkeluarga dan mempunyai
anak-anak kecil yang masih lagi bersekolah rendah.Biasanya pelajar2 dari
Akademi Islam akan buat part time mengajar ngaji kat budak2.
Pada asalnya,niat saya untuk isi masa lapang saya ketika
waktu malam dengan perkara yang berfaedah.Jika dibiarkan waktu malam dari saya
buang masa,lebih baik saya manfaatkan diri kepada orang lain.Lantas,ana diminta
untuk memantau anak-anak penyelia.Mereka terdiri daripada:-
1)Abang,12 tahun.
2)Kak ngah,10tahun
3)Aqif,7 tahun
4)Baby, 4 tahun
Abang selalu khayal bila ibunya minta dia study.Ibu( isteri
penyelia) merupakan seorang pegawai bank di Petaling Jaya,kerja pejabat yang
bermula dari jam 9pg-5ptg menyebabkan kadang2 Ibu tertekan bila melihat
pencapaian Along yang kurang memuaskan.
Kak Ngah pelajar pintar di sekolah.Hadirnya Kak Ngah untuk
membantu Aqif dalam pembelajarannya.Dan Baby masih lagi keanak-anakannya.
Saya mula mengajar IQRA kepada Aqif dan Baby selepas maghrib
dalam jam 8mlm.Apabila azan isyak berkumandang,maka saya dan Along,Kak Ngah dan
Aqif akan ke surau kolej untuk solat berjemaah.Saya solat bersama Kak
Ngah,kadang2 lihat cara solatnya,cara qiamnya,kadang2 saya selitkan cara untuk
masbuk apabila solat berjemaah.Kadang2 saya solat tanpa telekung,hanya
berstokin dan handsock serta tudung yang besar.Maka sudah cukup syarat sah
untuk solat.Kepada Kak Ngah saya beri pertanyaan untuk tahu kefahaman kepada
dia sebelum dia ikut cara saya bersolat
tanpa telekung.Alhmdulillah.
Selepas isyak,adik2 akan buat latihan masing2 dan saya akan
pantau sahaja.Sebenarnya,saya tak reti sangat tentang subjek diorang,Sainsnya
BI,matematik saya lemah sikit.BM saya juara.Hinggakan satu hari saya bagi satu
teka teki:-
Peribahasa melayu mengatakan,”Usaha tangga kejayaan”
Kakak nak Tanya,andai tangga patah apa yang perlu kita buat?
Adik2 semua tergaru2 kepala.
Jawapannya ialah andai tangga patah,naik lah lif.=)
Ketawa adik2 tu.Syukur alhmdulillah,suasana ketika belajar
itu perlu dibentuk kan.Kesian kat adik2,dari pagi sampai petang study di
sekolah ja,mesti diorang penat kan.Tambah2 Abang,dengan statusnya nak UPSR
tahun ni pastilah bebanan kerja sekolah banyak.Buat latihan itu perlu tapi
mental juga perlu pada keceriaan kan.
Tapi malam ni,adk2 moody sangat.Abang dengan Aqif berebutkan
barang.Aqif tak nak mengalah,Abang tak nak bersabar.Suasana tegang sangat.Kak
Ngah monyok ja wajahnya,penat main bola jarring di sekolah tadi.
Saya mula berfikir,macamna nak buat ni.Abang mula
baling-baling pensel,tanda protes.Kemudian mereka belajar dan buat kerja
masing-masing di meja yang berlainan.Nampak Abang tertekan sangat wajahnya
hingga kerja sekolah tak mampu nak disiapkan On Time.Kak Ngah orangnya agak
terlepas cakapnya.Main lepas ja cakap,saya pun terusik juga dengan
sikapnya.Tapi saya mesti lakukan sesuatu.Adab itu perlu diajar.=)
Akhir sebelum tamatkan sesi belajar,saya minta adik2
berkumpul kerana saya mahu katakan
sesuatu.
‘Bismillahiraahmanirrahim,
Alhmdulillah semua sudah selesai.Kak ana nak ucapkan terima
kasih pada Abg,Kak Ngah,dan Aqif(Baby lepas bc iqra terus balik rumah seperti kelazimannya)
sebab sudi datang dan belajar sama2 dengan k ana(sebenarnya saya yang korbankan
masa dengan diorang,tak pa lah teks ucapan spontan).Alhmdulillah.
Abang dah semakin focus ketika buat latihan,Kak Ngah baik
sebab sudi tlg Aqif belajar dan Aqif pond ah semakin lancer baca iqra.
Cuma,satu pesanan ka kana.Dalam belajar ni kita perlu ada
adab dengan ilmu,tak boleh baling2 pensel..
Aqif sebagai adik perlu hormat pada Abang,jgn cepat
menjawab.Nanti Abang sedih,kesian kat Abang ya.
Abang pula perlu banyak sabar dengan adik-adik,bertenang.
Kak Ngah pula perlu hormatkan Abang ya.”
Adik2 semua bagi respons yang baik,Abang mengaku dia
tertekan bila semua orang manjakan Aqif,bila dia terpaksa bertungkus lumus
siapkan kerja sekolah…
Hehe,itulah kisah saya bersama kanak2 rebina yang ada jiwa
dan mereka perlu pada pengisian yang baik.Moga Allah permudahkan
segalanya.Amin.
tahniah kpd ustzh merangkap kakak yg baik,moga2 usaha2&pglman yg dpt itu mdpt kberkatan dan dgnjarkan sbaikny oleh Allah,amin n_n
ReplyDelete