Wednesday, 28 March 2012

Pengalaman


PENGALAMAN MENGAJAR ERTI KASIH SAYANG.
Hampir sebulan saya mula bekerja sambilan di kolej kediaman saya sendiri.Mulanya sahabat saya yang tolong adjust untuk mengajar anak penyelia kolej.Aturan dari Allah,penyelia kami semuanya sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak kecil yang masih lagi bersekolah rendah.Biasanya pelajar2 dari Akademi Islam akan buat part time mengajar ngaji kat budak2.
Pada asalnya,niat saya untuk isi masa lapang saya ketika waktu malam dengan perkara yang berfaedah.Jika dibiarkan waktu malam dari saya buang masa,lebih baik saya manfaatkan diri kepada orang lain.Lantas,ana diminta untuk memantau anak-anak penyelia.Mereka terdiri daripada:-
1)Abang,12 tahun.
2)Kak ngah,10tahun
3)Aqif,7 tahun
4)Baby, 4 tahun
Abang selalu khayal bila ibunya minta dia study.Ibu( isteri penyelia) merupakan seorang pegawai bank di Petaling Jaya,kerja pejabat yang bermula dari jam 9pg-5ptg menyebabkan kadang2 Ibu tertekan bila melihat pencapaian Along yang kurang memuaskan.
Kak Ngah pelajar pintar di sekolah.Hadirnya Kak Ngah untuk membantu Aqif dalam pembelajarannya.Dan Baby masih lagi keanak-anakannya.
Saya mula mengajar IQRA kepada Aqif dan Baby selepas maghrib dalam jam 8mlm.Apabila azan isyak berkumandang,maka saya dan Along,Kak Ngah dan Aqif akan ke surau kolej untuk solat berjemaah.Saya solat bersama Kak Ngah,kadang2 lihat cara solatnya,cara qiamnya,kadang2 saya selitkan cara untuk masbuk apabila solat berjemaah.Kadang2 saya solat tanpa telekung,hanya berstokin dan handsock serta tudung yang besar.Maka sudah cukup syarat sah untuk solat.Kepada Kak Ngah saya beri pertanyaan untuk tahu kefahaman kepada dia  sebelum dia ikut cara saya bersolat tanpa telekung.Alhmdulillah.
Selepas isyak,adik2 akan buat latihan masing2 dan saya akan pantau sahaja.Sebenarnya,saya tak reti sangat tentang subjek diorang,Sainsnya BI,matematik saya lemah sikit.BM saya juara.Hinggakan satu hari saya bagi satu teka teki:-
Peribahasa melayu mengatakan,”Usaha tangga kejayaan”
Kakak nak Tanya,andai tangga patah apa yang perlu kita buat?
Adik2 semua tergaru2 kepala.
Jawapannya ialah andai tangga patah,naik lah lif.=)
Ketawa adik2 tu.Syukur alhmdulillah,suasana ketika belajar itu perlu dibentuk kan.Kesian kat adik2,dari pagi sampai petang study di sekolah ja,mesti diorang penat kan.Tambah2 Abang,dengan statusnya nak UPSR tahun ni pastilah bebanan kerja sekolah banyak.Buat latihan itu perlu tapi mental juga perlu pada keceriaan kan.
Tapi malam ni,adk2 moody sangat.Abang dengan Aqif berebutkan barang.Aqif tak nak mengalah,Abang tak nak bersabar.Suasana tegang sangat.Kak Ngah monyok ja wajahnya,penat main bola jarring di sekolah tadi.
Saya mula berfikir,macamna nak buat ni.Abang mula baling-baling pensel,tanda protes.Kemudian mereka belajar dan buat kerja masing-masing di meja yang berlainan.Nampak Abang tertekan sangat wajahnya hingga kerja sekolah tak mampu nak disiapkan On Time.Kak Ngah orangnya agak terlepas cakapnya.Main lepas ja cakap,saya pun terusik juga dengan sikapnya.Tapi saya mesti lakukan sesuatu.Adab itu perlu diajar.=)
Akhir sebelum tamatkan sesi belajar,saya minta adik2 berkumpul kerana saya mahu katakan  sesuatu.
‘Bismillahiraahmanirrahim,
Alhmdulillah semua sudah selesai.Kak ana nak ucapkan terima kasih pada Abg,Kak Ngah,dan Aqif(Baby lepas bc iqra terus balik rumah seperti kelazimannya) sebab sudi datang dan belajar sama2 dengan k ana(sebenarnya saya yang korbankan masa dengan diorang,tak pa lah teks ucapan spontan).Alhmdulillah.
Abang dah semakin focus ketika buat latihan,Kak Ngah baik sebab sudi tlg Aqif belajar dan Aqif pond ah semakin lancer baca iqra.
Cuma,satu pesanan ka kana.Dalam belajar ni kita perlu ada adab dengan ilmu,tak boleh baling2 pensel..
Aqif sebagai adik perlu hormat pada Abang,jgn cepat menjawab.Nanti Abang sedih,kesian kat Abang ya.
Abang pula perlu banyak sabar dengan adik-adik,bertenang.
Kak Ngah pula perlu hormatkan Abang ya.”
Adik2 semua bagi respons yang baik,Abang mengaku dia tertekan bila semua orang manjakan Aqif,bila dia terpaksa bertungkus lumus siapkan kerja sekolah…
Hehe,itulah kisah saya bersama kanak2 rebina yang ada jiwa dan mereka perlu pada pengisian yang baik.Moga Allah permudahkan segalanya.Amin.

1 comment :

  1. tahniah kpd ustzh merangkap kakak yg baik,moga2 usaha2&pglman yg dpt itu mdpt kberkatan dan dgnjarkan sbaikny oleh Allah,amin n_n

    ReplyDelete