![]() |
ini lah novelnya=) |
SUAMI AKU USTAZ.
Rasa tenang sangat study novel karangan Hannah Dhaniyah
ni.Alhmdulillah,penuh dengan santapan rohani yang boleh diperoleh.
Syukur,sekarang banyak penulisan keluaran Karya Seni yang
berlatarbelakangkan ketuhanan.
Sinopsis novel yang boleh dikongsi:
Menceritakan seorang remaja belasan tahun agak nakal dan liar.Suka lepak dengan kwan2
sekolah di kedai mamak..Patut la ada peribahasa melayu yang mengatakan ‘menjaga
lembu sekandang lebih senang menjaga anak perempuan seorang’.Mungkin disebabkan
anak perempuan ini membawa nama baik dan maruah keluarga sebab tu susah nak
jaga.Alisa, nama watak utama novel yang dikahwinkan dengan Ustaz Hafiz merangkap sepupu angkat
keluarganya atas alasan yang munasabah.
Cerita yang santai,kelakar,tapi berilmu.Diselitkan tentang kisah
sirah para nabi dan sahabat serta tabi-tabiin dahulu.Contoh petikan daripada
novel.” Ketika peperangan Badar.Ketika itu hanya tiga ratus tiga belas orang sahaja tentera mukmin yang akan
bertempur dengan tentera kafir yang 3x ganda lebih ramai iaitu sebanyak 1000
orang. Bayangkan,andai tentera Muslim ketika itu tarik diri dan tak mau
berperang kita tak kan tau bertapa besarnya pengorbanan mereka.Sehingga
sekarang kisah mereka disebut2 kan..Betapa hebantnya pengorbanan depa,sanggup
gadaikan nyawa demi Islam.Ada besar tau antara I dengan i.Islam maksudnya orang
tu memag dari kecil fitrahnya adalah beragama Islam.Tapi i maksudnya orang yang
asalnya kosong tapi dia menggunakan islam sebagai satu cara hidup dia secara
sepenuhnya.Kita?
Antara sikap tauladan
yang memang wajar dicontohi oleh setiap muslim tak kira apa jua status
dirinya,lelaki ataupun perempuan yang terdapat pada Ustaz Hafiz.
1)
Cara berhikmah dia menegur isterinya.Pendekatan
yang very nice.Ustaz tegur dalam kelas kot..apa contoh perkara yang menyebabkan
seorang isteri dikatakan nusyuz(ingkar)?
Isteri melawan cakap suami
kalau suami suruh dia pakai tudung..Haa, ini bukan setakat ingkar pada suami
tapi ingkar pada perintah Allah sebab buka aurat.Contohnya lagi, apabila isteri
keluar lepak dengan kawan2 kat kedai mamak tanpa izin suami..Ha,Alisa nampaknya
awak dah terkena.Jeng2.
2)Ustaz Hafiz menegur Alisa
yang suka tengok cerita korea.Seperti yang sedia maklum,cerita korea ni
episodnya panjang dan pasti membawa kepada ketagihan.Sanggup tak makan dan tak
tidur kot klu dapat layan cerita korea.Tapi kita boleh tengok juga dengan
syarat kita comparekan life diaorang dengan life kita.Walaupun cerita ini lebih
banyak buruk dari kebaikannya( nak mention,tokse lah tgk as a habit..he2),sekurang2nya
kita dapat lihat betapa berbezanya cara hidup seorang Muslim dengan khdupan
mereka.I.Allah, iman kita pun boleh bertambah.Lepas tu kalau dah tengok, janganlah
sampai lupakan semua benda.Solat ke mana, belajar ke mana.
3)Sikap Ustaz Hafiz, dia suka
semak dan ajar Alisa mengaji selepas solat Maghrib.Sebab nak betulkan
tajwid.”orang yang mengaji biasa dia dapat satu pahala.Pahala membaca
al-quran.Itu pun kalau bacaan dia bertartil.Tapi kalau orang yang belajar
mengaji ni pulak dia dapat dua pahala.Pahala membaca dan pahala belajar.Kan
untung tu”
4)Ustaz Hafiz bila meminta
Alisa pakai tudung bila bersama bukan mahram.Tapi Alisa menolak.Ustaz
kata” Nak pakai tudung atau tidak tanya
lah Allah.If yes, then do it.If no, then follow it”
5)Emak ustaz nasihatkan ustaz
agar bersbar dlm mendidik isterinya.Kata emak” Didik isteri ni, memang kena
banyak sabar.Bukan mudah nak membentuk buluh.Cuba perlahan-lahan.Jangan sampai
buluhnya patah,diri sendiri pun terluka”.
6)And ustaz istiqamah bangun
qiam.
7)Kisah Saidatina Fatimah
yang mengelilingi Saydina Ali sebab tak sengaja dan kecilkan hati suaminya.
Apa kaitan yoga dan solat?
Statistic mnunjukkan hanya satu per enam rakyat malaysia yg tunaikn solat. Kdg2 kita sibuk nk
byoga,brmeditasilah itu lah ini lah.tp kita sbnqny ada cra tsendiri utk
bermditasikn..Syariat Allah tu dah sempurna dan kdg2 kita lupa akn hal ni.klau
kita solat,sempurna solat kita tu,khusyuk dah ckup tenang fikiran.iyalah masa
solat tu kan kita kosongkn fikiran.hnya
perlu ingat allah.Solat mcm Allah dekat dengan kita.In the same time,kita boleh
mintak tolong Allah mempermudahkan urusan kita,mintak tolong bagi petunjuk nak
selesaikan masalah kita..” ha,ini dialong time depa ni dok jogging.
Tiba2 terpampang di surat
khabar tentang pembuangn bayi,pembunuhan dan mcm2 kes lagi.Ustaz kata, “Manusia
sekarang ni ramai yang ada masalah hati.Dan ubatnya adalah mendekatkan diri
pada Allah.Banyakkan membaca al-Quran, banyakkan solat malam,pergi majlis ilmu
dan sebagainya.”
“Hidup kita ni ada
guide.Macamna kita beli washing machine,ada manual dia.Kalau kita tak
ikut,rosaklah mesin tu.Macam tu jugak hidup kita, Tak ikut guide yang Allah dah
turunkan,jadi macam-macamlah dekat dunia ni”
Bila bercakap tentang baitul
muslim tak semestinya tentang perkahwinan, percintaan atau yang swaktu
dengannya.Baitul itu maknanya rumah dan Muslim itu pula ialah mereka yang
mengucap dua kalimah syahadah ataupun orang islam.Jadi,baitul muslim pun boleh
dimaksudkan dengan keluarga islam.Pembentukan keluarga islam itu bermula
daripada individu itu sendiri.Jadi,dari sekrang meskipun masih belum berkahwin
kita dah boleh prepare untuk mendirikan baitul muslim.Didik diri untuk menjadi
yang soleh dan solehah,barulah mecari yang soleh dan solehah untuk menjadi pasangan.Daripada individu yang
hebat,pasangan yang hebat barulah melahirkan generasi yang hebat juga.Baitul
muslim bukan hanya untuk pembinaan keluarga, tetapi juga untuk membina ummah.
Bermula daripada pembentukan
individu muslim,akan lahir baitul muslim iaitu rumah tangga muslim.Kemudian
naik ke step seterusnya sehinggalah kepada penyebaran Islam ke seluruh
dunia.Tetapi bagi sesiapa yang masih belum berkahwin,boleh terapkan nilai2
islam kepada keluarga.Dalam surah at-Tahrim ayat 6: Wahai orang-orang yang
beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya
adalah manusia dan batu.Penjaganya malaikat yang kasar dank eras serta tidak
derhaka kepada Allah terhadap apa yang diperintahkan Allah ke atas mereka dan
selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”
Erm,apa lagi yang nak dikongsi ea.Bila g Sabah sebab nak g
melancong.Depa g Gunung Kinabalu.Lihat ye cara ustaz berbicara tapi ini versi
ayat penulis.Maka erm…tak sama lah.Dalam sehari berapa kali kita berzikir pada
Allah?Dalam solat 5x sehari pastilah kan.Selain itu?Ha, bila kita tgk
pemandangan alam ciptaan Allah pond ah menunjukkan kita ingat/bzikir pada Allah
tau.Tak semestinya bzikir tu di sejadah,baca al quran sahaja.Kita tgk
gunung,cantik,besar.Allahu akhbar,indahnya dan Maha Hebat kan Sang Pencipta ala
mini.Ingat tak kisah dalam al quran yang menceritakan suasana qiamat nanti?Ce
relatekan..=)
Bila Alisa g Kebun sebab temankan mak dan ayah mertua dia.Alisa
kena gigit nyamuk banyak sangat.Namun,hasil tarbiah ustaz Hafiz,Alisa dapat sa
pengajaran.Kisah Raja Namrud yang mati disebabkan nyamuk.Betul kan?MAAF
na,novel tak da di sisi.Maka tak da rujukan secara jelas dapat dibuat.
Banyak lagi iktibar dlm novel ni.Kisah seorang hamba yang
sewajarnya meletakkan segala pergantungan dan rasa hatinya pada yang lebih
berhak ke atasnya iaitu Allah.
Banyak kisah hubungan dengan Allah dalam novel ni.Sila lah
beli.=)
Maaf ye,atas segala typing error=)
ReplyDelete