Thursday, 11 October 2012

Usaha Tangga Kejayaan VS Tolong Menolong Amalan Mulia


Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah,syukur pada Allah yang mengurniakan pelbagai nikmat yang tidak terhitung banyaknya dan paling untungnya kita sebagai muslim kerana dikurniakan nikmat Iman dan Islam.Tanpa kedua nikmat ini,sudah pasti kita akan terpesong.Nauzubillah.
Hidayah itu perlu di usaha.Allah akan beri rahmatNya pada hamba yang dikehendakiNya dan sebaliknya.Jika Allah berjanji,maka Allah bpegang pada janjiNya.Tidak seperti manusia yang seringkali lupa pada janjinya.Hebatkan Allah.Allah janji,orang2 yang berbuat kebajikan akan masuk ke syurga.
Rindu pada Allah dan RasulAllah..sentiasa bisikkan pada diri setiap hari ya.Allah sangat baik,sangat2 baik.Allah sangat Maha Berkuasa.Hinggakan kadang2 kita tak mampu terjangka dek akal kita tentang kekuasaanNya.Selalu lah kita renung2 kan diri dan alam,di situ ada ilmu2 baru yang kita akan peroleh.RasulAllah apabila berasa dlm kesusahan RasulAllah akan mengurut janggutnya sambil memandang langit dan berzikir la hawla wala quwwata illah billah..
RasulAllah,juga seorang manusia.Tp akhlak dan hati Baginda..masya Allah.Baiknya RasulAllah hatta ketika Baginda di saat akhir kewafatannya Baginda SAW telah menyatakan:
"Ya Allah,sakitnya rasa di saat penghujung kematian."RasulAllah telah meminta agar segala kesakitan itu Baginda yang galas tidak pada umat Baginda.Baginda turut meminta agar umat Baginda didahulukan utk masuk ke syurga berbanding umat Nabi2 yang lain.Baik kan Bagida.Hingga di saat2 akhir hayat Baginda masih ingatkan umat Baginda.Oleh itu, seharusnya kita turut mencontohi RasulAllah.Tandanya,dengan kita melaksanakan sunnah Baginda.seperti bsiwak setiap kali sebelum solat fardhu.Bertahajud di mlm hari,dan banyak lagi.Cari lah ilmu yang membawa kita agar lebih mengenali RasulAllah dan berselawat pd Baginda.Moga2 usaha kita ini Allah pandang dan membawa kita utk bertemu RasulAllah di syurgaNya.Aaminn. RasulAllah sangat hansome,lagi handsome dari wajah2 lelaki yang ada di Kedah, di semenanjung Malaysia mahupun laki2 Arab atau Mat Saleh yang penah kita terpana bila memandangnya.RasulAllah lagi hebat,lagi handsome dan pastinya mendamaikan hati.Tak mau tengok ka?

No comments :

Post a Comment