HATI SEORANG ADIK: MUHAMMAD AL-HANAFIYYAH BIN ALI BIN ABI THALIB
(BAHAGIAN SATU)
Profil
Nama penuh beliau ialah Muhammad
bin Ali bin Abi Thalib.
Lebih dikenali sebagai Abul
Qasim, Muhammad al-Hanafiyyah bin Ali bin Abi Thalib.
Bondanya bernama
Khaulah binti Ja’far ibn Qais al-Hanafiyyah, daripada Bani Hanifah.
Abang-abang tirinya ialah Hassan
dan Hussain, putera al-marhumah Fatimah az-Zahra’.
Perajurit gagah berani di
medan juang.
Anak yang Dinanti-nanti Selalunya Berkualiti
Ali
bin Abi Thalib kepingin mempunyai putera lagi selepas hadirnya Hassan dan
Hussain kesayangan Nabi. Pada hari-hari akhir kehidupan Rasulullah SAW,
Ali mendampingi baginda. Ali berkata, “Wahai Rasulullah, apa pendapatmu andai
saya dikurniakan seorang anak setelah tuan meninggal, (bolehkah) saya
menamainya dengan namamu dan memberikan kun-yah (sapaan yang biasanya
diungkapkan dengan ‘Abu fulan…’) dengan kunyah-mu?.”
“Ya” jawab
baginda.
Hari meniti hari, Rasulullah SAW pulang
mengadap Ilahi. Tidak lama kemudian, isteri Ali menyusuli. Fatimah pergi ke
pangkuan Kekasih tertinggi.
Demi
kepentingan Islam, Ali lalu menikahi seorang wanita Bani Hanifah. Mawar bertuah
itu namanya Khaulah binti Ja’far ibn Qais al-Hanafiyyah. Pada akhir
pemerintahan Abu Bakr r.a., lahirlah seorang bayi lelaki daripada cinta Ali dan
Khaulah. Ali menamainya “Muhammad.” Diberi julukan “Abu al-Qaasim” dengan izin
Rasulullah SAW. Sejarah lebih mengenalinya dengan nama Muhammad ibn
al-Hanafiyyah, untuk membezakannya dengan kedua saudaranya al-Hasan dan
al-Husain. Bayi bertuah ini mendapat didikan langsung daripada ayahnya yang
hebat.
Sifat-sifat
Ali banyak tercurah kepada peribadi Muhammad al-Hanafiyyah. Tekun beribadah.
Zuhud. Berani. Gagah perkasa. Fasih berpujangga. Pandai balaghah. Singa di
medan jihad.
Baik Sangka Terhadap Kasih Ayah
Ali
mengesan potensi besar Muhammad al-Hanafiyyah sebagai perajurit
terbilang. Digeruni kawan dan lawan. Sama seperti Ali.
Ali
telah mengutusnya ke dalam pelbagai pertempuran. Dalam setiap pertempuran,
selalunya Muhammad al-Hanafiyyah akan diamanahkan dengan misi-misi getir lagi
berisiko tinggi. Amanah seberat itu tidak pula dipikulkan kepada al-Hassan dan
al-Hussain.
Muhammad
al-Hanafiyyah berbaik sangka terhadap arahan ayahnya. Beliau pernah diprovok,
“Mengapakah ayahmu menjerumuskanmu ke dalam kebinasaan? Dia membebankanmu
dengan apa yang kamu tidak mampu memikulnya . Dia menghantarmu ke tempat-tempat
yang sempit tanpa kedua saudaramu al-Hasan dan al-Husain?”
Beliau menjawab,
“Tidak mengapa. Kedua saudaraku menempati kedudukan dua mata ayahku. Sedangkan
aku menempati kedudukan dua tangannya. Dia (Ali) menjaga kedua matanya dengan
kedua tangannya.”
Demi Cintanya Kepada Penyatuan
Ummah
Dalam
perang “Shiffin” yang meletus antara Ali ibn Abi Thalib dan
Muawiyah ibn Abi Sufyan r.a.. Muhammad ibn al-Hanafiyyah membawa panji ayahnya.
Tidak
seperti peperangan sebelum ini, pedangnya terasa lemah longlai untuk terus
dihayun di medan siffin. Beliau berkata dengan hati sayu, “Sungguh aku
menyaksikan perang “Shiffin”. Kami bertemu dengan para sahabat Muawiyah, kami
saling membunuh hingga aku menyangka bahawa tidak akan tersisa seorang pun dari
kami dan juga dari mereka. Aku menganggap ini adalah perbuatan keji yang
besar.”
Tiba-tiba,
aku mendengar seseorang berteriak di belakangku, “Wahai kaum Muslimin,
(takutlah kepada) Allah! (Takutlah kepada Allah), wahai kaum Muslimin…
Siapakah
yang akan (melindungi) para wanita dan anak-anak?
Siapakah yang akan menjaga agama dan kehormatan?
Siapakah yang akan menjaga serangan Romawi dan ad-Dailami?
Siapakah yang akan menjaga agama dan kehormatan?
Siapakah yang akan menjaga serangan Romawi dan ad-Dailami?
Wahai
kaum Muslimin…takutlah kepada Allah! Takutlah kepada Allah dan sisakan kaum
muslimin. Wahai kaum muslimin.”
“Maka sejak hari itu, aku berjanji kepada
diriku untuk tidak mengangkat pedangku di wajah seorang Muslim.
Kemudian Ali mati syahid di tangan pendosa yang zalim (di tangan Abdurrahman ibn Miljam ).”
Kemudian Ali mati syahid di tangan pendosa yang zalim (di tangan Abdurrahman ibn Miljam ).”
Rentetan peristiwa itu, timbul perselisihan
dalam memilih khalifah pengganti Ali. Diringkaskan cerita, kekuasaan berpindah
kepada Muawiyah ibn Abi Sufyan. Tatkala itu, Muhammad ibn al-Hanafiyyah
membaiahnya untuk selalu taat dan patuh dalam keadaan suka maupun benci.
Beliau mengenepikan dendam lama pada saat
pasukan ayahnya dibantai pasukan Muawiyah. Ada silap faham yang sukar
dimengerti. Muhammadal-Hanafiyyah yakin ketulusan hati kedua-dua pihak,
semuanya cintakan kebaikan. Beliau memilih berlapang dada. Beliau rela
menyerahkan baiah kepada Muawiyah demi menyatukan suara dan mengumpulkan
kekuatan muslimin semula. Sungguh mengagumkan sifat baik sangka Muhammad
al-Hanafiyyah kepada Muawiyyah, saudaranya se-Islam, sahabat Nabi yang
dimuliakan.
Air Dicincang Tidak Akan Putus.
Sesekali, perbezaan pendapat antara
adik beradik suatu perkara lumrah. Muhammad bin Al-Hanafiyyah menunjukkan
peribadi yang tawadhuk dan sukakan perdamaian tatkala berselisih dengan abang
tirinya, Hassan. Lihatlah betapa halus bahasanya kepada Hassan :
“Sesungguhnya Allah memberikan
keutamaan kepada abang melebihi diriku. Bonda abang adalah Fatimah binti
Muhammad Bin Abdillah sedangkan bonda adik adalah seorang wanita daripada Bani
Hanifah. Datuk abang daripada jalur ibu adalah Rasulullah pilihanNya. Sedangkan
datuk adik dari jalur ibu adalah Ja’far bin Qais. Jika surat adik ini smpai
kepada abang, adik berharap abang berkenan datang ke mari dan berdamai, agar
abang tetap lebih utama daripada adik dalam segala hal.” Sesampainya surat tersebut,
Hasan bergegas mendatangi rumahnya untuk menjalin perdamaian
Ketika kedua puak ini bertempur atas dasar politik,namun di sudut keilmuan mereka tetap bersatu hati.Rakyat dibenarkan dan di alu2kan utk bkumpul dan belajar bahkan dibantu oleh kedua2 kerajaan.
ReplyDelete