Bismillahirrahmanirrahim,
Bab:
Bahagian Pewarisan Datuk Bersama Saudara
ميراث الجد مع الاخوة والاخوات
Datuk yang mendapat bahagian
merujuk kepada datuk yang sohih (sejati) dan bukannya fasid (batal). Kaedah
menjelaskan, jika ada perempuan di antara ahli waris laki2 maka dia (datuk)
yang tidak sah (fasid). Contoh, ayah kepada ibu. Namun, jika tidak diselangi
oleh waris perempuan meskipun jauh ke atas
dia tetap datuk yang sah (sohih).Contohnya ayah kepada ayah ayah(moyang) atau
datuk yang di atasnya lagi.
Tiada nas al Quran atau
hadith yang menceritakan bahagian masing2 jika datuk BERGABUNG dengan
saudara.sama ada saudara kandung atau saudara seayah.Itulah sebabnya para
sahabat mendiamkan diri dan takut membahas masalah ini.
Ibn Mas’ud sendiri pernah
berkata: “Tanyalah kepada kami segala kemusykilan kamu,tetapi jangan ditanya
tentang permasalahan pewarisan datuk, sebab Allah tidak menerangkan”.
Umar bin Khattab berkata:
“Aku adalah orang yang paling berani memberikan bahagian datuk kerana aku orang
yang paling berani masuk neraka”.
Ali bin Abi Talib berkata:
“Siapa yang ingin masuk neraka jahannam maka hendaklah dia membuat keputusan
permasalahan antara datuk dengan saudara”.
Jelas di sini ketakutan
untuk melakukan kesilapan dalam menetapkan atau memutuskan kadar bahagian datuk
yang bergabung dengan saudara. Kerana tidak ada nas yang menjelaskan.Oleh
itu,ijtihad diadakan untuk menyelesaikan permasalahan ini.
Sedangkan ijtihad itu
mungkin betul dan mungkin juga salah. Hal ini disebabkan boleh jadi ijtihad
tersebut memberikan bahagian kepada yang berhak mendapatkan bahagiannya dan
boleh jadi ijtihad memberi bahagian kepada yang tidak berhak untuk
mendapatkannya dan sebaliknya.
Itulah sebabnya para sahabat
takut untuk menetapkan keputusannya kerana takut berbuat zalim kerana hal ini
berkaitan dengan harta benda.Ilmu faraid (pewarisan/المواريث) merupakan suatu ilmu yang boleh
mengundang padah dan kezaliman. Hal ini juga dapat dibuktikan apabila Allah
sendiri menerangkan cara pembahagiannya kepada hamba Nya dalam al Quran
sendiri. Rujuk surah An Nisa atat 11, 12 dan 176.
Namun, masalah ini dapat di
atasi apabila banyaknya pendapat para sahabat, tabiin, ulama salaf dan ulama
mujtahidin yang telah mengerahkan segala tenaga dan pemikiran mereka dalam menetapkan
hukumnya dan telah dibukukan pendapat mereka. Generasi yang masih hidup di hari
ini hanya perlu menilai mana pendapat yang kuat (rajih) setelah meneliti
dalil-dalil yang telah dikemukakan. Alhmdulillah.n_n
Pandangan ulama mujtahid:
Sangatlah menarik dan bernas
pendapat2 yang dikemukan oleh para ulama dalam menetapkan hukum kadar bahagian
datuk jika bersama dengan saudara kerana mereka telah mengemukakan alasan yang
munasabah dan menepati uruf masing2. Namun, saya ringkaskan di sini terdapat 2
golongan yang mengemukakan pendapat masing2 iaitu :-
Golongan Pertama: (Mazhab
Abu Hanifah dan para sahabat seperti Abu Bakar, Ibn Abbas dan Ibn Umar dan
segolongan dari sahabat dan tabiin. Moga
mereka diredhai oleh Allah SWT)
Saudara kandung, saudara
seayah, saudara seibu, lelaki atau perempuan mereka terdinding (محجب) jika
ada datuk. Ini kerana datuk sama kedudukannya dengan ayah sekiranya ayah tidak
ada dan datuk adalah ayah yang paling tertinggi.
Golongan Kedua: (Pendapat
oleh Jumhur ulama yang terdiri daripada kalangan ulama mujtahid daripada Mazhab
Syafii, Hanbali dan Maliki serta para sahabat dan tabiin seperti Zaid bin
Tsabit, Ali bin Abi Talib, Ibn Mas’ud, As-Syi’bi’ dan pendapat penduduk
Madinah.Pendapat yg dikemukakan digunapakai oleh mahkamah syariah di negara2
Islam kerana lebih adil, dalilnya myakinkan dan ternyata lebih sesuai untuk
mencapai maslahat ummah).
Datuk bersama beberapa atau
seorang saudara ada dua keadaan dan dalam kedua2nya ada hukum-hukum yang
berbeza dan tertentu seperti:-
Keadaan Pertama:
Ahli waris terdiri daripada
datuk dan beberapa orang saudara sahaja. Tiada ahli waris yang telah ditentukan
bahagiannya oleh Allah (ashabul furud) dalam permasalahan ini.
Contoh: Mati seseorang yang
telah meninggalkan datuk dan beberapa saudara sama ada laki2 ataupun perempuan.
Dan tidak ada ashabul furud seperti isteri, ibu, atau anak perempuan dan
sebagainya.
Hukumnya:
1)Datuk berkongsi dengan
saudara (المقاسمة)
2) Datuk mendapat 1/3
daripada semua harta.( المالثلث)
Namun, apapun hukumnya yang
ditetapkan, datuk mestilah diberikan bahagian yang paling banyak atau paling
menguntungkan kepadanya daripada kedua2 hukum tersebut.
Berkongsi di sini bermaksud
datuk di anggap sebagai saudara kandung. Datuk mengambil bahagian yang sama
seperti saudara kandung walaupun ketika berhubungan dengan saudara2 yang lain.
Tetapi sekiranya datuk bersama dengan saudara kandung perempuan maka datuk akan
mendapat bahagian 2x ganda daripada saudari kandung tersebut.Ini berdasarkan
kepada nisbah laki2 kepada perempuan adalah 2:1.
Kesimpulannya, jika
berkongsi itu tidak menguntungkan kepada datuk, maka datuk akan mengunakan
hukum yang kedua iaitu memperoleh bahagian sebanyak 1/3 daripada harta.
To be continue...I.Allah n_n
Rujukan: Hukum Hakam Warisan oleh Muhammad Ali As Sobuni dan diterjemah oleh Drs. H. Syahrin Jasah
ReplyDelete