Sunday, 18 November 2012

Ilmu Pewarisan Adalah Menabjubkan!


Bismillahirrahmanirrahim,
Bab: Bahagian Pewarisan Datuk Bersama Saudara
ميراث الجد مع الاخوة والاخوات
Datuk yang mendapat bahagian merujuk kepada datuk yang sohih (sejati) dan bukannya fasid (batal). Kaedah menjelaskan, jika ada perempuan di antara ahli waris laki2 maka dia (datuk) yang tidak sah (fasid). Contoh, ayah kepada ibu. Namun, jika tidak diselangi oleh waris perempuan meskipun jauh  ke atas dia tetap datuk yang sah (sohih).Contohnya ayah kepada ayah ayah(moyang) atau datuk yang di atasnya lagi.
Tiada nas al Quran atau hadith yang menceritakan bahagian masing2 jika datuk BERGABUNG dengan saudara.sama ada saudara kandung atau saudara seayah.Itulah sebabnya para sahabat mendiamkan diri dan takut membahas masalah ini.
Ibn Mas’ud sendiri pernah berkata: “Tanyalah kepada kami segala kemusykilan kamu,tetapi jangan ditanya tentang permasalahan pewarisan datuk, sebab Allah tidak menerangkan”.
Umar bin Khattab berkata: “Aku adalah orang yang paling berani memberikan bahagian datuk kerana aku orang yang paling berani masuk neraka”.
Ali bin Abi Talib berkata: “Siapa yang ingin masuk neraka jahannam maka hendaklah dia membuat keputusan permasalahan antara datuk dengan saudara”.
Jelas di sini ketakutan untuk melakukan kesilapan dalam menetapkan atau memutuskan kadar bahagian datuk yang bergabung dengan saudara. Kerana tidak ada nas yang menjelaskan.Oleh itu,ijtihad diadakan untuk menyelesaikan permasalahan ini.
Sedangkan ijtihad itu mungkin betul dan mungkin juga salah. Hal ini disebabkan boleh jadi ijtihad tersebut memberikan bahagian kepada yang berhak mendapatkan bahagiannya dan boleh jadi ijtihad memberi bahagian kepada yang tidak berhak untuk mendapatkannya dan sebaliknya.
Itulah sebabnya para sahabat takut untuk menetapkan keputusannya kerana takut berbuat zalim kerana hal ini berkaitan dengan harta benda.Ilmu faraid (pewarisan/المواريث) merupakan suatu ilmu yang boleh mengundang padah dan kezaliman. Hal ini juga dapat dibuktikan apabila Allah sendiri menerangkan cara pembahagiannya kepada hamba Nya dalam al Quran sendiri. Rujuk surah An Nisa atat 11, 12 dan 176.
Namun, masalah ini dapat di atasi apabila banyaknya pendapat para sahabat, tabiin, ulama salaf dan ulama mujtahidin yang telah mengerahkan segala tenaga dan pemikiran mereka dalam menetapkan hukumnya dan telah dibukukan pendapat mereka. Generasi yang masih hidup di hari ini hanya perlu menilai mana pendapat yang kuat (rajih) setelah meneliti dalil-dalil yang telah dikemukakan. Alhmdulillah.n_n
Pandangan ulama mujtahid:
Sangatlah menarik dan bernas pendapat2 yang dikemukan oleh para ulama dalam menetapkan hukum kadar bahagian datuk jika bersama dengan saudara kerana mereka telah mengemukakan alasan yang munasabah dan menepati uruf masing2. Namun, saya ringkaskan di sini terdapat 2 golongan yang mengemukakan pendapat masing2 iaitu :-
Golongan Pertama: (Mazhab Abu Hanifah dan para sahabat seperti Abu Bakar, Ibn Abbas dan Ibn Umar dan segolongan dari  sahabat dan tabiin. Moga mereka diredhai oleh Allah SWT)
Saudara kandung, saudara seayah, saudara seibu, lelaki atau perempuan mereka terdinding (محجب) jika ada datuk. Ini kerana datuk sama kedudukannya dengan ayah sekiranya ayah tidak ada dan datuk adalah ayah yang paling tertinggi.
Golongan Kedua: (Pendapat oleh Jumhur ulama yang terdiri daripada kalangan ulama mujtahid daripada Mazhab Syafii, Hanbali dan Maliki serta para sahabat dan tabiin seperti Zaid bin Tsabit, Ali bin Abi Talib, Ibn Mas’ud, As-Syi’bi’ dan pendapat penduduk Madinah.Pendapat yg dikemukakan digunapakai oleh mahkamah syariah di negara2 Islam kerana lebih adil, dalilnya myakinkan dan ternyata lebih sesuai untuk mencapai maslahat ummah).
Datuk bersama beberapa atau seorang saudara ada dua keadaan dan dalam kedua2nya ada hukum-hukum yang berbeza dan tertentu seperti:-
Keadaan Pertama:
Ahli waris terdiri daripada datuk dan beberapa orang saudara sahaja. Tiada ahli waris yang telah ditentukan bahagiannya oleh Allah (ashabul furud) dalam permasalahan ini.
Contoh: Mati seseorang yang telah meninggalkan datuk dan beberapa saudara sama ada laki2 ataupun perempuan. Dan tidak ada ashabul furud seperti isteri, ibu, atau anak perempuan dan sebagainya.
Hukumnya:
1)Datuk berkongsi dengan saudara (المقاسمة)
2) Datuk mendapat 1/3 daripada semua harta.( المالثلث)
Namun, apapun hukumnya yang ditetapkan, datuk mestilah diberikan bahagian yang paling banyak atau paling menguntungkan kepadanya daripada kedua2 hukum tersebut.
Berkongsi di sini bermaksud datuk di anggap sebagai saudara kandung. Datuk mengambil bahagian yang sama seperti saudara kandung walaupun ketika berhubungan dengan saudara2 yang lain. Tetapi sekiranya datuk bersama dengan saudara kandung perempuan maka datuk akan mendapat bahagian 2x ganda daripada saudari kandung tersebut.Ini berdasarkan kepada nisbah laki2 kepada perempuan adalah 2:1.
Kesimpulannya, jika berkongsi itu tidak menguntungkan kepada datuk, maka datuk akan mengunakan hukum yang kedua iaitu memperoleh bahagian sebanyak 1/3 daripada harta.

To be continue...I.Allah n_n


1 comment :

  1. Rujukan: Hukum Hakam Warisan oleh Muhammad Ali As Sobuni dan diterjemah oleh Drs. H. Syahrin Jasah

    ReplyDelete